Sinopsis NOVEL DAFTAR SEMULA CINTA | Fajar Pakeer

Assalamualaikum semua! Kita bertemu lagi ya 😁 rindu tak untuk NH sentiasa update sesuatu selepas mendiamkan diri selama setahun yang lalu. Oh ya, dah baca tajuk di atas bukan? Meh, jemput hayati sinopsis novel ini. Keluaran 2016, baru-baru ini saja terbitnya.

Sebelum tu, nak kenal penulisnya? Meh cuci mata tengok gambar di bawah.
Karya-karya novelis Nuriffa aka my sister, Kak Afi ❀
Barulah boleh layan sinopsis novel terhangat di bookstore iaitu novel DAFTAR SEMULA CINTA terbitan Fajar Pakeer Publication
*Ini kisah tentang Nadhirah. Dia merupakan seorang anak, adik, sahabat dan cikgu di Pusat Disleksia. Rona hidupnya sedikit berubah apabila dia dan lelaki itu bertemu. 

β€œSee. You are too cute, Nadhirah. Sampai I tak boleh pandang tempat lain.” - Syed Adwan

Takdir memang sudah tertulis yang mereka akan berjumpa lagi dan lagi. Nadhirah berada dalam dilema apabila rakan baiknya meluahkan perasaan. 

β€œAku nak Adwan jadi boyfriend aku. Suami aku.” - Siti Hawa

Syed Adwan bin Syed Salleh. Dalam hidupnya tiada yang lebih penting selain ibunya, Puan Maimun. Walaupun bapanya masih hidup, kehadiran lelaki itu sering mendatangkan pergaduhan di antara mereka kerana rahsia silam. 

β€œKenapa you baik sangat? You patut fikir pasal diri you sendiri. Kenapa perlu nak susahkan diri untuk orang macam I?” – Nadhirah
β€œSebab you jodoh istikharah I.” – Syed Adwan

Nadhirah semakin keliru apabila Syed Adwan memberinya sebuah buku berjudul Aku Nikah Akan Dikau sebagai hadiah. Judulnya sebagai tanda perasaan lelaki itu kepadanya. Kekeliruan terjawab apabila rahsia tentang Siti Hawa terbongkar.

Hidup mana yang tidak ditimpa masalah. Kadangkala yang mahu dielak itulah yang terjadi. Apa yang ditakuti Syed Adwan sudah pun berlaku. Bapanya, Syed Salleh juga menyukai Nadhirah. Apa yang sedang berlaku ini? Situasi yang membuatkan kisah biasa ini menjadi luar biasa.*

Harga RM 25 (SM)/ RM 28 (SS)
Boleh didapati di mana-mana bookstore di seluruh Malaysia. Go FPP 😁 !!! Jom beliii, boleh baca teaser di fb novelis : Afifah Yusof.

Puas tak, hehe. In shaa Allah diberi kesempatan, NH akan update sedikit teaser. Ok, jumpa di next entri. Ada novel lagi yang NH mahu promo. Terutamanya untuk membantu my friends/sahabat penulis πŸ˜πŸ˜ŠπŸ’•πŸ’•πŸ’•
Bye, xoxo πŸ˜™πŸ˜˜

Comments