Novelet EVERY SINGLE THING|Fathi Fatim #RM10amal

Assalamualaikum semua. Kan NH dah janji nak update lagi esoknya kan? Akhirnya, NH kotakan janji NH. Semua dah sedia maklum dengan tajuk di atas? Nah, Naurah nak khabarkan lah ni. Meh baca ya. Terutama sekali buat peminat novel. Naurah nak promo kan satu novelet berbahasa melayu (tajuk aje english tau!) 

NH copy paste aje apa yang novelis tu beri kat NH. Mari membeli untuk membaca, beli sambil beramal.



First of all Fathi berterima kasih sangat-sangat pada semua  menyokong setulus hati Projek Amal Every RM10 ni. 
Untuk meraikan sokongan ini, dengan sukacitanya Fathi umumkan yang Fathi akan buka order bermula HARI INI sehingga 3 NOVEMBER 2016.

+++

JUMLAH SUMBANGAN (Harga E-Book) : RM10 

156039295389 (MAYBANK)
Fatimah Hidayah binti Kamaruddin

MAKLUMAN: 
Setelah membuat bayaran, sila e-melkan resit bersama alamat e-mel ke FB Fatimah Hidayah bagi tujuan penghantaran e-book Every Single Thing kepada anda. Sebaik saja order ditutup, keseluruhan amaun hasil jualan  akan disumbangkan kepada MAKNA. Setelah selesai semuanya, Fathi akan PMkan resit kepada para penyumbang sekalian. Untuk maklumat lanjut, boleh pm cik novelis di inbox fb atau email ke sigadispenulis@gmail.com

SEDUTAN | EVERY SINGLE THING

Ilhan mengukir senyuman yang paling manis buat tatapan Saffiya. Memang dia sengaja luangkan masa untuk menunggu Saffiya di depan pintu gerbang universiti. Saffiya pula masih dengan ekspresi muka tanpa emosi. 
Baginya, Ilhan masih lagi Ilhan Aminul yang sama.
Si keriting yang bukan taste dia. Eish, keriting pun keritinglah! Apa yang Saffiya tahu, dia rindu gila kat Ilhan. Ternyatalah rambut bukan isu besar jika sudah sayangkan seseorang.
"Tahu dari mana?” Saffiya berbasa-basi.
“Dari mana lagi? Kawan baik kaulah,” Ilhan menyengih sehabis lebar. 
“Teruklah macam ni. Mulut bocor betul budak tu,” getus Saffiya.
“Tahniah ya Fiya. Minggu depan, hari Rabu kita keluar makan. Aku belanja,” Ilhan tak lepaskan peluang untuk mengatur temu janji.
“Janganlah porak-perandakan hati anak dara orang. Tak baik. Dahlah masa makan malam hari last aku kerja dulu kau tak datang,” Saffiya menjuih bibir.
Memang dia marah. Rindu hal lain. Marah pula hal lain. Sungguh pun begitu, Saffiya tahu. Rindunya mengatasi kemarahan terhadap Ilhan. 

+++

PROJEK: Every RM10
FORMAT: E-Book (Novelet)
JUDUL E-BOOK: Every Single Thing
HARGA: RM10 senaskhah
BIL. M/S: 136 MS
TEMPOH: Sekarang -3 November 2016.

Hasil jualan akan disalurkan sepenuhnya kepada Majlis Kanser Nasional(MAKNA)

Sebelum tu, NH nak share lah dengan kau orang. Writer ni dah ada lebih 5 novel yang diterbitkan sepanjang my lovely sister ni menulis. Seingat NH dia pernah menggunakan nama pena ADRA ADLINA. Pernah keluar novel dengan alaf, october tau... yang terbaru pun under besQ. Under besQ novelnya sangat menarik tau! Tajuknya Sufi Indera. Yang lain-lain info NH kurang tahulah sebab belum kenal lagi masa tu. Beza umur kami pun jauh heheheee. Apa-apapun meh beli sebelum menyesal! Ok byeeee. Hehe stay tune! Nantikan new entri. Tak puas, NH boleh up beberapa entri novelet ni. Geram sangat pergi la ke fb novelis ya. TQ XOXO luv u all.

Comments