Fanfic SCANDAL -NH (Comeback after 1yr-My Gift)

NH comeback after one year gift - Fanfic "SCANDAL"


Assalamualaikum semua! Terasa rindu tiba-tiba NH dengan blog ni. Terdetik hati NH nak jengah guna hp, check punya check... Ya Allah gembiranya NH. Terima kasih semua yang sudi menjengah dan membaca entri kesukaan anda. Okay, jom baca new story ni.
Cover ada... baru boleh letak. Errr jom baca ajelah dulu ya!
Enjoy your reading

Tajuk : Scandal(Fanfic)
*mari baca & enjoy kisah merapu saya. Based on reality.

Olimpik masih belum berakhir. Pertandingan suku akhir baru saja bermula.
Lee Young Dae dan Yoo Yeon Seong menyiapkan diri untuk ke stadium.
***
Sya Yi merenung tajam ke arah gelanggang badminton itu. Ada sesuatu yang bermain di mindanya. Tidak lama itu, dia mengeluh.

 "Bilalah mereka ni nak sampai kat sini? Penat je aku tunggu dari tadi!" Dia bermonolog sendirian. Stadium itu mula dipenuhi oleh ribuan penonton.

Tiba-tiba mata Sya Yi tertumpu ke sesuatu arah. 'Sampai pun mereka! Akhirnya!'
***
Permainan tadi sudah pun berakhir. Kekalahan pasangan Youngdae dan Yeon Seong agak mengecewakan diri mereka tatkala mereka menaruh harapan untuk memenangi perlawanan tadi. Mereka terus beredar dari stadium itu.

Sya Yi tidak berfikir panjang, terus sahaja mengikut Yongdae dan Yeon Seong yang mula mengorak langkah. Sya Yi mula berlari anak apabila mereka berdua sudah jauh ke depan.

Gedebuk!
Sya Yi terjatuh. Mereka berdua berpaling.

"Sorry! Kamu okey?" ucap Youngdae seraya membantu Sya Yi untuk bangun semula.

Sya Yi terkesima. Wajahnya mula kemerahan menahan malu. 'Oh my! Youngdae la!'

"Kamu okey? Kalau tak kami bawakan kamu berjumpa dengan staf kami yang boleh merawat kamu," tutur Yeon Seong pula.

Sya Yi masih tidak menjawab sebarang pertanyaan mereka. Meskipun mereka berbahasa korea, dia dapat mengerti.

"Yeon, awak rasa dia faham ke apa yang kita cakap?" bisik Yongdae.

"Faham kot...dia orang mana ya?" balas Yeon Seong.

"Sis!" Panggil Yongdae. Berharap gadis itu menyahut.

"Aaa... ya?" Sya Yi bersuara.

"Where you from?" Youngdae mencuba untuk berbicara. Meski dia kurang berpengetahuan dalam bahasa inggeris, dia mencuba sebaiknya.

"Aaa.. i'm from... why?" Sya Yi masih tidak mahu menjawab. Dia gugup tatkala ini.

"Can you speak korean?" Yongdae bertanya lagi.

"Yes!" Sya Yi membalas.

"Mahu join kami? Kami mahu pergi berehat sambil minum-minum." Youngdae mengajak.

Sya Yi yang mendengarnya seakan tidak percaya. Rasanya ini mimpi kot? 'Ahhh betul ke ni?'
Namun Sya Yi mengangguk tanda setuju walaupun dia ragu-ragu.
***
Mereka tiba di sebuah restoran. Minuman sejuk menjadi pilihan mereka.
Youngdae dan Yeon Seong berbual kosong sementalah cuba menenangkan diri daripada terus kecewa dengan keputusan tadi.  Sangat mengejutkan buat mereka berdua namun bila difikir-fikirkan semula, mereka tidak seharusnya kecewa.
Sya Yi mendiamkan diri sejak tadi. Dia tidak kisah jika berdiam begitu, asalkan dapat menatap dan mendengar suara Lee Young Dae sahaja sudah cukup baginya.

"Sis, apa nama kamu?" Youngdae memulakan bicara apabila baru tersedar yang ada orang lain bersama mereka. Yeon Seong memerhati Sya Yi dalam diam.

"Sya Yi..."

"Nice name!" ujar mereka berdua serentak.

Sya Yi tersipu-sipu malu.
"Errr... boleh tak saya mahu berselfie dengan Lee Young Dae?" Perlahan-lahan Sya Yi menyusun ayat. Segan tapi rugilah kan kalau tak minta?

Mereka berdua ketawa. "Boleh saja. Peminat badminton?" ujar Youngdae dengan disusuli senyuman dia yang menawan. Kenyitan mata yang dibuat membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya akan cair dan jatuh cinta terhadap Youngdae.
***
Zhang Nan dan pasangannya FuHaiFeng akan beraksi di perlawanan akhir. Sya Yi yang menunggu ketibaan mereka hanya mampu menelan air liur. Dia gusar, tetapi tetap mahu berjumpa dengan Zhang Nan.
***
Sya Yi cuba sedaya upaya untuk mendekati Zhang Nan. Dia bukanlah seorang pemain badminton, jadi agak sukar buatnya untuk bertemu dengan pengarang jantung hatinya itu.

"Games dah tamat, ini masa yang sesuai buat dia untuk mengumumkan perpisahan kau dengan dia kan?" Satu suara yang tidak dikenalinya mula menarik perhatian Sya Yi untuk mendengar dengan lebih lanjut.

"Ya, nanti Zhao Yunlei yang umumkan. Aku harap semua peminat kami boleh menerimanya," balas Zhang Nan dengan nada yang rendah.

"Kau jangan risau Zhang Nan. Aku yakin mereka boleh terima. Selepas ni kau nak cari pengganti? Dari golongan atlet badminton juga?"

"Aku mungkin cari dari orang yang biasa saja. Kalau dari atlet badminton, ia mengingatkan aku kepada Zhao Yunlei la."

"Oh. Okey. Terserahlah... hak kau."

Sya Yi terkejut. 'Lah dia ada girlfriend rupanya. Nasib dah putus.'

Zhang Nan terdengar hembusan nafas seseorang di sekitarnya. Dia mencari. "Hey!" Panggil Zhang Nan.

Sya Yi terperanjat. 'Alamak!'

"Saya nak selfie dengan Zhang Nan! Please!" ucap Sya Yi sambil menutup matanya. Dia takut bertentang mata dengan Zhang Nan.

 Mata Zhang Nan yang tajam menembusi sehingga ke tengkorak Sya Yi. Menusuk ke dalam! 'Ahhh... parah. Jantung berdegup kencang pula dia!'

"Hey Zhang Nan, FuHaiFeng. Tahniah ya!" suara yang sangat dikenali oleh Sya Yi menambahkan kelajuan degupan jantungnya. Bagai sedang berlari 1000 meter saja saat ini!

Zhang Nan tetap merenung tajam ke anak mata Sya Yi.

Yongdae mendekati. Bahu Sya Yi disentuh. Sya Yi bagaikan batu di situ.

"Hey girl. Sya Yi! Kita berjumpa lagi!" Ceria aje suara Youngdae.

 Yeon Seong hanya menggelengkan kepala. 'Bunga kat tangan tu, nak bagi kat Zhang Nan ke Sya Yi? Aduhai...'

Riak FuhaiFeng dan Zhang Nan berubah. "Youngdae kenal?" Tanya Zhang Nan.

"Baru kenal... dia peminat sukan badminton lah. Jangan marah dia Zhang Nan. Mesti dia ke sini untuk bergambar dengan kamu." Youngdae tersenyum.

"Oh... come," ucap Zhang Nan kepada Sya Yi. Tangan kanan Zhang Nan didepakan. Mahu memeluk bahu gadis itu.

"Snap seperti biasa sajalah... terima kasih." Senyuman dihadiahkan kepada Zhang Nan.

Mereka berempat terpelangak. Jarang berjumpa dengan peminat yang sebegini.

Youngdae dan Yeon Seong turut terkejut kerana kelmarin mereka bergambar biasa-biasa saja. Baru mereka tahu Sya Yi tidak mahu bergambar secara mesra seperti selalu. Meski hanya bergambar dengan jarak yang sangat dekat juga Sya Yi menolak. Apatah lagi ada sentuhan kan?

Sesi bergambar selesai. "Lupa pula, dear Sya Yi. Ni bunga untuk awak." Huluran bunga daripada Youngdae sekali lagi mengejutkan mereka.

Sya Yi cuba mengawal emosinya. "Terima kasih!" Perkataan 'sayang' tidak pula disebut oleh Sya Yi. Kebanyakkan fans akan berucap yang macam-macam, tetapi tidak buat Sya Yi. Reaksi Sya Yi juga istimewa di mata mereka.

"Wait! Sya Yi, mahu dinner bersama saya? Atau... mahukah awak menjadi pasangan saya?" Zhang Nan memulakan langkah.

Sya Yi terdiam seribu bahasa. 'Mimpi ke realiti ni?'

"No! Sya Yi jangan terima! Awak kena keluar dinner dengan saya!" Youngdae tidak mahu kalah.

Yeon Seong dan FuHaiFeng menggelengkan kepala. Parah betullah...

"Hey, lebih baik dinner bersama saya dan keluarga sahaja. Kamu semua juga boleh ikut," satu suara tiba-tiba menegur. Semua berpaling.

"Lin Dan!!!" Sya Yi mula teruja. Dia menutup mulutnya kerana terlalu kaget.

Lin Dan hanya tersenyum.
***
"Lain kali nak pergi mana-mana, saya kena ikut. Kalau tak... habislah saya." Lee Jongsuk bersuara setelah melihat foto isterinya bersama pemain badminton yang diminatinya.

"Usahlah cemburu. Perkara biasa sajalah, teruja bertemu dengan orang yang kita minat." Sya Yi ketawa halus.

"Yalah... habis takkanlah saya nak duduk diam saja? Sudahlah ramai idol Korea yang kamu minat. Penyanyi dan pelakon China pun awak suka sangat. Mana saya tak cemburu?"

"Nak saya senaraikan ke? Jota, Baekhyun, Sehun, Luhan, Kris Wu, Zi Tao, Donghyuk, Hanbin, Jinhwan, Seungho, Marcourageous, Karry Wang, Jackson Yi..."

"Tak payahlah nak senaraikan semua. Tak habis satu malam ni tau. Alahai..." Sya Yi cuba memujuk Jongsuk.

"Nasib awak sayang saya tau!" Sambung Jongsuk.
***
"Woiii kau berangankan apa tu?"

Sya Yi tersedar. 'Ishhh kacau ajelah!'

Tamat. NH tulis ni selepas olimpik utk badminton habis. Sekadar suka-suka. Tq for reading my reader. Love you all.

Comments