NOVEL Pertemuan Kita teaser bab8 bab9 bab10

3 in 1 :)

Teaser bab8


2015 – masa kini


Kelihatan seorang perempuan yang sebaya dengannya sedang menuju ke arah katilnya. Ceria saja wajahnya, pasti ada berita gembira yang ingin disampaikan. Adakah berita yang dia akan melangsungkan perkahwinannya tidak lama lagi? Jika iya beruntunglah. Umur kami pun sudah mencecah dua puluh empat tahun pada tahun ini.


Lalu perempuan itu pun melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Anisha Asyiqin. Jelas sekali dia sedang gembira. Wajahnya lain macam. Cerianya. Bisik hati Anisha Asyiqin.


“Anisha, maaf ganggu. Tengah sibuk ke?” tanyanya sebagai permulaan bicara.


“Tak ganggu pun Nafisa. Apa kes ni? Happy semacam. Ada apa-apa story ke yang awak nak bagitahu?” balas Anisha Asyiqin. Dia malas mahu berbasa-basi ni. Apa susah. Strait-to-the-point…tak susahkan??


Ha ha ha ha. Memang dia ni hebatlah. Dapat teka apa yang aku nak cakap. Tak sabar sangatlah tu. “Ya, hujung tahun ni saya akan berkahwin dengan dia! Dah bincang tadi sekeluarga. Saya nak awak jadi pengapit saya! Boleh tak?” harap-harap dia nak. Sebab bukan apa, Anisha ni mana ada minat sangat kenduri dan keluar rumah ni. Lainlah tempat yang betul-betul dia nak pergi, itu lain cite lah.


Tiba-tiba wajahnya berkerut. Keruh sahaja wajahnya. Malas. Dia ni kan. Dah tahu aku tak suka benda-benda macam ni, lagi pula dia nak suruh aku? Kalau datang masa dia kahwin okeylah jugak. Tapi… tugas berat ni… pengapit? Oh no!! takkan sesekalilah!


“Ala, saya cakap tahniah sebab tak lama lagi awak nak berkahwin dah. Tapi nak suruh saya jadi pengapit awak saya tak nak! Suruhlah Balqis ke, sepupu awak ke. Tak boleh ke selain saya?” memang langsung saja ditolaknya. Mentah-mentah tanpa basa-basi!!


“Tak boleh! Anisha kena jadi pengapit masa Nafisa nak kahwin nanti, lagipun masa itu juga saya nak bertunang.” Tiba-tiba suara muncul di hadapan pintu biliknya. Alamak…


Dia pura-pura merajuk.


“Balqis, kenapa nak tunang masa itu jugak? Tak boleh ke awal sikit?” bidas Anisha Asyiqin keras.


“Ha ha, boleh aje. Tapi dengan syarat?” balas Balqis. Dia tahu, Anisha Asyiqin mesti menolak punyalah ajakan Nafisa itu. Tahu sangat perangainya.


“Hrm, apa syaratnya?” balas Anisha Asyiqin tanpa berfikir panjang. Malas.
############################################
Jam i-Phone nya dikerling. Sudah pukul sebelas tiga belas minit malam. Mata masih terbuka luas. Ish, cepatlah mata ini diserang kantuk! Aku nak tidur. Esok nak kerja. Marah Arham Syah pada dirinya sendiri. Dia memandang seluruh isi kamarnya. Kemas.
Otaknya teringat akan pada seseorang. Anisha!


Bilalah aku nak pergi jumpa dia ni. Harus bertindak cepat sebelum Raziq! Anisha… tunggu Arham ya… harap-harap apa yang saya harap dan rasakan selama ni awak pun dapat merasainya. Jika kita berjodoh pasti tiada halangan yang dapat menghalang niat suci saya ini. Andai saja antara kita memang tiada jodoh, saya harap awak akan berbahagia. Segala rintangan pasti saya akan laluinya demi awak Anisha Asyiqin! Itu janji saya pada awak. Desis hati Arham Syah.


Memang! Ya! Memang Arham Syah sudah jatuh hati pada Anisha Asyiqin.


Tiba-tiba pintu bilik Arham Syah dikuak. Oh. Mamanya. Puan Sri Izawati. Tak tidur lagikah mama? Dah lewat malam ni?


“Arham, tak tidur lagi? Esokkan kamu nak pergi kerja?” Tanya Puan Sri Izawati sambil memandang tepat ke arah anaknya itu.

Teaser bab9


Lamunan Arham Syah berhenti seketika apabila pramugara datang ketempat duduknya. Dia mengambil nasi ayam.


Kalau dingat, lama-lama benda tu dirasakan sungguh lawak baginya! Mana taknya? Muka Anisha Asyiqin merah padam menahan marah dan rasa yang sungguh ‘nikmat’ kononnya itu. Tapi, kasihan pula Arham Syah terhadap Anisha Asyiqin. Selepas kejadian itu, mereka membatalkan program study group sebab takut dikenakan lagi dengan Arham Syah. Melepas pulak rasanya nak dekat dengan dia.. haish. Nak buat macam mana kan? Benda dah jadi tidak boleh nak putar semula masa yang telah berlalu.


Dia ketawa sendirian. Orang disebelahnya memandangnya hairan. Dia biarkan saja. Orang lain tidak perlu tahu kisah silamku sewaktu di sekolah dan di menara gading. Memalukan saja. Kejam sangatkah aku? Ha ha ha, entah?


“Memang kau kejam Arham Syah.” Suara hati yang jahat mengejek dirinya sendiri. “Ah, jahat. Kau tak payahlah nak sibuk lagi. Aku dah jadi baiklah!” suara hatinya yang baik melawan kata yang jahat. Ha ha ha. Arham.. Arham. Jahat kan kau dulu? Ha ha. Ehmmm.
Penatlah. Tidur ajelah ye wahai Arham Syah. Tidak lama itu, dia pun terlena, asyik sangat dibuai mimpi…


Telefon Arham Syah berdering memekak memintanya untuk mengangkat juga. Angkat sajalah, mana tahu penting. Bisik hatinya. Lalu i-Phone nya dicapai yang terletak di atas meja bersebelahan katilnya.


Dia memandang sekilas di skrin i-Phone nya itu. Kelihatan nama Raziq di skrin handphonenya itu.ish, dia ni nak apa kacau orang pagi-pagi hah? Dahlah baru pukul tiga pagi. Memang nak kenalah Raziq ni! Marahnya di dalam hati.


“Ya. Assalamualaikum, kau nak apa Raziq kacau betullah lah kau.” Ucapnya tanpa menunggu salam dari pemanggil di unjung sana.


Ha ha ha, mesti kau terkejut punyalah Arham Syah akan berita yang akan ku sampaikan dekat kau nanti! Tunggu ajelah ye? 

“Wa’alaikumussalam, tau pula kau nak bagi salam sebelum sempat aku nak ucap salam padahal aku yang telefon kau dulu. Kacau kau ke?” ujar Raziq. Sengaja mahu lambat-lambat..


Ish Raziq ni memang nak makan penumbuk aku lah! “Hmmm. Kau call aku apehal? Cakap ajelah. Aku mana ada masa lah untuk semua ni. Nanti aku nak kerja.” Balas Arham Syah malas.


Ha ha ha. “Hari ini aku datang dekat pejabat kau dalam pukul lapan pagi boleh? Ada benda something lah aku nak cakap.” Katanya dengan suara nada yang dibuat-buat serius.


Glurp..! ada apa-apa ke ni? Risaunya. “Hal apa? Emmm, okeylah. Kau masuk aje bilik aku. Nanti aku pesan dekat PA aku tak payah halang dan kau tak payah kena buat oppointment pun…” bye, aku malas nak layan kau. Taliannya langsung dimatikan.


Laju sahaja Arham Syah bangun. Risau dibuatnya. Apalah itu. Penting sangatkah ea? Jangan-jangan… oh tidak..!! janganlah hal itu.


Waktu yang dinanti-nantikan sudah tiba. Jam sudah menginjak pukul tujuh lima puluh Sembilan minit. Lagi satu minit dah pukul lapan.


Teaser bab10


“Ya. Hanya dua minggu sahaja saya disini. Erm, maaflah ya. Sudah lewat ni. Saya mahu balik hotel dulu ya?” pamit Anisha Asyiqin. Sungguh gembira hatinya dapat berkenalan dengan Musalmah tapi masa tidak mengizinkan jadi sekejap sahajalah…


“Ouh. Okey.see you next time. Assalamualaikum.” Balasnya sambil menyalami tangan. Sungguh baik budi pekertinya. Desis hati Anisha Asyiqin.


Pantas Anisha Asyiqin melangkah pergi ke bilik hotelnya yang bernombor 393. Nama hotel yang dia duduki sementara ini bernama PARKOYAL, Penang. Dengan harga dua ratus empat puluh ringgit semalaman.


Jam ditangannya dikerling, dah pukul tujuh lima belas minit malam sudah. Nak bersiap-siap bersolat maghrib. Nasib bawa peralatan solat. Mudah.


Assalamualaikum warahmaturah. Assalamualaikum warahmaturah. Lalu tangan diangkat sedikit untuk berdoa.


“Ya Allah, engkau ampunkanlah segala dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku. Engkau permudahkanlah segala urusanku. Semoga apa yang aku buat mendapat keberkatanmu ya Allah. Ya Allah, sekirannya jodohku sudah sampai, engkau pertemukanlah kami dengan cara yang baik. Jika tidak, engkau pisahkanlah kami sebelum kami mengenal antara satu sama lain dengan lebih dekat. Amin ya robbal al-amin.” Dia mengaminkan doanya selepas doa yang ingin diucapkan sudah diucap semasa berdoa tadi. Lalu dia pun mengemas apa yang perlu supaya semasa nak pulang nanti barang tiada yang tertinggal ataupun hilang. Usai mengemas badannya terasa letih lalu katil dicari untuk berehat. Dia mencapai Samsung Grand II nya yang terletak di atas katil bersebelahan tempat yang dia baring. Emm. Dia mengaktifkan hpnya. Dah pukul lapan setengah, selepas solat isyak nak keluar makanlah. Lapar pula.


Selepas solat isyak sudah dijalankan, tudung dicapai dan beg tangan diambil lalu menuju ke pintu. Sebaik sahaja dia menutup semula pintu bilik hotelnya tiba-tiba ada seseorang memberi salam kepadanya.


“Assalamualaikum”


Pantas Anisha Asyiqin memusingkan badannya setelah kuncikan pintu bilik hotelnya. Tepat orangnya dihadapannya kini. Siapa pula lelaki ni? Tak pernah nampak pun?


Namun Anisha Asyiqin tetap membalas salam orang itu. Tak baik lah katakan kalau tak jawab salam? Ye tak..?


“Saya Rasyiq, awak? By the way seorang aje? Tak ada kawan?” kata Rasyiq berbasa basi. Bukannya kenal sangat pun orang dihadapannya ini. Saja nak tegur. Tak salahkan.


“Saya Anisha Asyiqin. A’ah sorang aje.” Anisha Asyiqin tetap membalas pertanyaan lelaki yang kacak dihadapannya. Eeh kejap? Macam pernah nampak lah muka dia ni. Sama macam Raziq. Tapi bukan kut.. dia sendiri cakap nama dia rasyiq.


“Oh kebetulan pula. Saya lagi seorang, jom kita makan bersama nak?” Rasyiq mengajak perempuan di hadapannya kini kerana bosan kalau tiada kawan menemani.


Rasyiq memandang Anisha Asyiqin dari atas hingga ke bawah. Caranya itu menakutkan Anisha Asyiqin. “Awak nak apa ni hah? Pandang saya macam tak pernah pandang oranglah.” Anisha Asyiqin memarahi Rasyiq kerana pandangnya begitu. Menyakitkan hati saja.


Cantik sungguh dia. Walaupun ringkas tapi nampak feminim sangat. Cutenya dia ni. Desis hati Rasyiq. “Sorry buat awak tak selesa.”


Hati Anisha Asyiqin keberatan tapi terima ajelah. Lagipun bosanlah makan sorang-sorang. Hu hu kesian kan? “Jom.” Balas dia pendek. Malas lah nak layan.


Rasyiq hanya tersenyum nipis. “Awak ni cantik sangatlah Anisha.” Ucapnya bawah sedar. Anisha Asyiqin agak kaget tetapi buat derk ajelah. Jangan nak perasan sangat tau Anisha!

Comments