NOVEL Pertemuan Kita Teaser bab6 dan bab7

sambung lagi wuu

Teaser bab6
Anisha Asyiqin sedaya upaya mengelakkan dirinya dari berjumpa dengan Arham Syah. Namun entah kenapa, pasti bertemu selain di dalam kelas. Bukan dapat kebaikan pun kalau diorang berjumpa. Tak ada apa-apa faedah langsung pun..!!

Asal berjumpa, gaduh. Asyik-asyik, Arham Syah kenakan Anisha Asyiqin. Tapi, Anisha Asyiqin pun bukannya boleh tahan sabar lama. Haha. Tidak lama lagi, dia akan balas-balas juga dengan Arham Syah pengawas budak lelaki yang hebat. Jangan ingat perempuan lemah tau! Janji Anisha Asyiqin akan balas dendam kalau Arham Syah cari gaduh dengannya. Alah bukan balas dendam sangat pun. Setakat balas balik apa dia buat kan? Dia buat, aku pun boleh. Ha ha.

Kelas Empat Prinsip Akaun kecoh dengan sesuatu kejadian yang tak diduga.
Sepulangnya dari sekolah, Anisha Asyiqin terus meluru masuk ke dalam kamarnya bagi melepaskan lelah. Dia tersenyum puas. Kerana.. hari ini dapat kenakan balik mamat tak guna tu. Haha jangan ingat Anisha Asyiqin tak reti tu semua tauuuu..!! fikiran dia menerawang kembali ke memori di sekolah hari ini.
###################################################
Usai sahaja dia mandi, terus merebahkan tubuhnya yang agak tegap dan tinggi itu di atas katilnya yang empuk. Mata dipejam. Dia buka mata memandang siling. Fikirannya jadi tak tentu arah apabila peristiwa di sekolah tadi kembali menerjah fikiran. Ingatkan nak dilupakan tapi susah!

Sakit hatinya tiba-tiba menguasai diri. Amarahnya membuak-buak! Aku harus balas dendam semula esok! Awas kau Anisha. Engkau ingat kau siapa nak lawan dengan Arham Syah ni? Tak ada tandinglah! Tengoklah esok. Akan kubalas! Bibir mengukir senyuman puas dan penuh dengan sinisnya. Desisnya!

Teaser bab7

Pen diletakkan diatas meja. Dia menarik nafas dan menghembuskan nafas perlahan-lahan. Matanya melilau memandang seluruh isi kelasnya itu. Matanya terpaku ke arah Raziq dan Arham Syah kemudian matanya mengalih pandangan ke arah pintu yang sedang elok ditutup rapat. Lalu, dia pun bangun perlahan-lahan menuju ke arah pintu untuk membukanya. Tak naklah pintu ditutup. Kurang manis. Dalam kelas tiada orang dengan hanya kehadiran dua pelajar perempuan serta dua pelajar lelaki. Nanti apa-apa terjadi habislah~
Dia pun melabuhkan kembali punggungnya di atas kerusi tempatnya bersebelahan dengan Anisha Asyiqin. Tangannya mula kembali berjalan menandakan sedang menulis sesuatu di atas buku yang kosong. Maybe mahu menyiapkan homework yang tak siap lagi kut. Teka Ani dalam hatinya sambil matanya memerhati NuraSakinah.

“Amboi, orang itu rajinlah pergi bangun dan buka semula pintu kelas yang tadi ada mahluk tu tutup.” Tegur Ani kepada Ina perlahan. Tak nak Raziq dan Arham Syah dengar. Nanti sibuk aje!

NuraSakinah memandang sekilas Anisha Asyiqin disebelahnya seraya senyum. “Mana ada orang ni rajin. Padahal orang tu lagi rajin. Bersungguh-sungguh lah katakan untuk peperiksaan pertengahan tahun yang lebih kurang tiga minggu sahaja lagi. Taulah orang tu pandai. Tak macam orang ni hah.”
##############################################
Arham Syah memandang tepat ke arah mereka berdua. Lalu kakinya dihayunkan perlahan-lahan menuju ke meja ditempat Anisha dan Sakinah duduk. Raziq hanya memandang pelik. “Agak-agak apalah nak dibuat oleh Arham ni?” perlahan dia menuturkan. Mata Raziq terus memandang ke arah Arham.

Sesudah sampainya betul-betul dihadapan Ani dan Ina, Arham berdehem beberapa kali. Ani dan Ina mendongak. Pelik?

“Awak nak apa?” tanya Ani. Malas nak layan! Entah-entah nak balas dendam apa yang aku buat semalam. Oh tidak! Macam mana ni… kalau Ina tahulah habis. Mulut Ina kalau time marah nombor satu tu! Harap-harap dia nak buat benda lain. Seperti tanya pasal pelajaran ke. Tapi tak boleh juga sebab dia pun pelajar pandai. Apa-apa sajalah. Apa nak jadi. Jadi sajalah.

Tangan Arham Syah menggosok belakang lehernya. Lalu dia pun duduk berdepan dengan Anisha Asyiqin. Setelah beberapa tika barulah Arham mahu bersuara.

Comments