NOVEL Pertemuan Kita Teaser bab4 dan bab5

Assalamualaikum! finally, terima kasih sudi membacanya
Teaser bab4

Puan Maimunah pelik. Makin hari makin pelik dan makin sukar tu dia fahami diri anak perempuan kesayangannya itu. Anisha Asyiqin… nampak macam ada masalah. Masalah apa? Takkan stres belajar sampai cemberut je mukanya sepanjang hari sabtu ini. Hendak ditegur, takut makin teruk jadinya, alih-alih diamkan aje lah. Lagi bagus!

Anisha Asyiqin mula menapak ke dapur. Melihat ibunya termenung dia ada niat jahat. Namun tak sampai hati. Tak apelah… gurau-gurau tu nanti-nantilah je ye Anisha Asyiqin oit!...

“Amboi ibu, termenung jauh nampak? Tengah fikirkan sape tu???” usik Anisha Asyiqin. Ibunya sudah normal semula. Tak berkhayal lagi.

“Ish Anisha ni! Selalu sangat nak sakat ibu yeee. Nak makan kek tak? Ibu tengah ada banyak masa ni….” Pancing Puan Maimunah. Dia tahu anaknya Anisha Asyiqin akan gumbira!

Dalam diam dia tersenyummmmm sampai ketelinga nampak gayaknya!!Nakkkkk! Rindulah nak makan kek blueberry cheese atau kek cokelat. Uhhh sedapnya memanggg... umphhh! Lahhh.
######################
Anisha Asyiqin menutup mulut bila sudah sedar. Erkk? Apasal aku terlebih over ni? Cehh macam tak pernah makan seumur hidup ajelah kau ni Ani? Kutuknya terhadap dirinya sendiri?? Haha tak lawok manapun haiishh lecehlah…
Tiba-tiba Anisha Asyiqin bersuara dengan ibunya…

“Ibu ayah kerja?” saja ubah topik. Hehe. “Kerjalah. Abis sape yang nak bagi nafkah dekat ibu ni Anisha? Ayah kamulah bagi duit.”

Hehe, ye tak ya jugakkan kan? Anisha Asyiqin menepuk dahinya. Dah senget gilerr dah ni. Arham Syah punya pasal lah ni. Ada ke patut kau salahkan Arham pula? Whateverlah kau ni Anisha. Macam-macam...........!!!!

Teaser bab5

“Arham Syah bin Zulkifly aku nikahkan kau dengan Anisha Asyiqin binti Mahmud dengan mas kahwin seratus ringgit tunai…”

Arham Syah lantas bangkit dari perbaringan tidurnya, mimpi karut apa ini…??!! Takkan aku kahwin dengan dia..!! jangan sekali-kalilah!!! Dia meraup wajahnya. Tak mungkin. Aku takkan cintakan dia apatah lagi berkahwin. No way, not my taste. Whatever.

Dia pantas menyambar tuala mandinya masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan dirinya. Stres dibuatnya kalau duk fikir-fikir pasal mimpinya itu. Mimpi yang amat ngeri baginya. Usai mandi dan bersiap-siap berpakaian lengkap lagi kemas, Arham Syah terus menuruni tangga menuju ke dapur. Sarapan. Sekarang dah pukul berapa eakkk?

Jam di dinding dikerling sekejap, oh… pukul Sembilan pagi dah. Masih sempat lagi ni nak sarapan. Desisnya.

Kerusi ditarik perlahan, nampaknya makanan masih tersedia di depan matanya. Matanya melilau mencari-cari kelibat pembantu rumahnya yang ditugaskan menyediakan makanan dirumah  keluarga Zulkifly ini.

Mi goreng diceduk sudip oleh Arham Syah lalu diletakkan diatas pinggannya yang masih kosong. Mestilah kosong kan? Belum letak apa-apa lagi. Cawan antiknya diisi dengan teh susu yang digemarinya itu. Erhmmm sudah terliur lapar, tidak sabar dia mahu menjamahnya. Namun, belum sempat dia menyuakan mi goreng itu ke dalam mulutnya, tiba tiba ada seseorang menepuk perlahan dibelakangnya. Mesti mama ni. Jangan kena leter sudahlah. Arham Syah sudah sedia menelan air liurnya.

Puan Sri Izawati melabuhkan punggungnya bertentangan dengan Arham Syah. Mahu menegur anaknya Arham yang degil ini. Anak-anak yang lainnya elok saja. Pelik kekadang bila difikirkannya.

“Lepas makan, pergi ke ruang tamu di depan, mama ada benda nak cakap dengan Arham.” Kata Puan Sri Izawati sambil memandang tajam kearahnya.
Alamak, habislah kau Arham Syah. Padan muka kau..! Kannn udehh kena. “Baik mama.”
#######################################
Haishhh kacau daun betullah. Tak dapatlah nampaknya nak keluar lepak. Nasib baik mamanya tak perasan waktu dia keluar malam tadi. Saja lepak.
Puan Sri Izwati pun berlalu pergi. Hilang dari pandangannya.

Tersenyum-senyum Arham Syah.
Senyap-senyap malam tadi punya cerita keluar. Puas dapat lepak malam tadi ngan kengkawannya. Tak mainlah kedai mamak, restoran mahallah kan? Baru ada class, taste..! haha.

Dirumah Anisha Asyiqin kelihatan agak sunyi.

Anisha Asyiqin hanya berbaring di dalam kamarnya bertemankan lagu-lagu kegemarannya dan novel kesukaanya. Terasa sakit hati dan malas menerjah fikirannya. Esok dah hari Isnin. Sekolah mula semula. Mesti akan berjumpa dengan mamat psiko tu.

Comments