Skip to main content
NOVEL Pertemuan Kita teaser bab13 bab14
Teaser bab13
Syira, orang kanannya mengetuk pintu
dari luar. Tanda meminta izin untuk masuk. Iyalah, waktu ini sahajalah yang
punya waktu untuk berbincang mengenai perniagaannya itu. Waktu lain, busylah
katakan.“Masuk!” suaranya tegas memberi izin.
Syira melangkah dengan riak yang riang.
Apa kenalah dengan Syira ni? Fikirnya. “Silakan duduk Syira.” Katanya lagi.
“Err.. bos, ada seseorang cari bos.
Masa.. bos pergi minggu pertama tu.” Katanya jujur. Eh? Alamak! Apa pasal aku
bagitahu ni? Dia dah pesan ‘jangan bagitahu’. Getus Syira di hati.
Hah? Siapa pula ni? Janganlah…dia! Aku
masih belum bersedia. “Oh. Siapa?” tanya Anisha Asyiqin bersahaja. Saja
mengawal suaranya padahal hatinya bagai rebut datang melanda.
“Err.. bos tiada apalah. Maaf
menganggu. Saya minta diri dulu ye bos.” Syira pantas mengelak. Anisha yang
masih terkejut, kelu lidah dibuatnya. Matanya hanya menghantar Syira yang
keluar dari biliknya.
Anisha ingin bersiar-siar di sekitar
sini sebelum maghrib. Jadinya dia sedang berjalan-jalan tanpa arah tuju.
“Assalamualaikum.. Cik Anisha Asyiqin.”
Mendengar suara itu. Anisha mengigil.
Takut-takut hendak pusing ke belakang iaitu arah suara itu. Perlahan dia
pusing…########################################“Jom. Teman saya minum?” soalnya lagi.
“Kenapa pula saya kena minum dengan
awak? Saya bukannya kenal awak pun lagi?.” Tegas suara Anisha. Dia menolak..
tidak mungkinlah dia terima. Bukan apa, zaman sekarang ni bukannya boleh
percaya sangat pun. Lagi-lagi dengan orang yang belum dikenali sepenuhnya.
Pemuda itu hanya tergelak kecil.
“Itu kata awak Cik Anisha. Saya kenal
awaklah. Awak yang tidak kenal saya.” Selamba dia menjawab.
Anisha Asyiqin terdiam.
“Jomlah.. lagipun, apa salahnya saya
nak berkawan dengan awak? Saya ni, bukannya selalu ada di Malaysia pun. Kawan
pun beberapa kerat sahaja.” Jujur katanya lagi.
“Okay..lah kalau macam tu. Tidak boleh
lama-lama sangat ye. Saya masih bekerja ni.” Entah kenapa, Anisha berbaik pula
dengan Rasyiq.
“Iyalah.. kerja sangat. Awak tu bos,
apa salahnya.. bukan selalu.” Kata Rasyiq sebelum melangkah. Anisha hanya
mengikut kemana Rasyiq mahu minum.Rasyiq memanggil waiter. “Awak nak
minum apa?” soalnya.###############################################“Kenapa awak nak belanja? Sepatutnya
saya..” kata Rasyiq memecahkan kesunyian.
“Saja. Anggap ini salam pekenalan dari
saya walaupun singkat.” Jujur Anisha memberitahu. Dia juga hairan dengan
dirinya. Bukan mudah untuknya berbaik dengan orang yang belum dikenali.
Mungkin, belas kasihan terhadap Rasyiq yang jarang-jarang di tanah air.
Rasyiq terharu.. hu hu hu.. sudah lama
dia tidak mempunyai rakan senegara. “Terima kasih.”
Anisha Asyiqin hanya tersenyum.
“Saya minta diri dulu ye. Terima kasih
sekali lagi. Flight is to night. Doakan perjalanan saya ya.” Kata Rasyiq.
Sebenarnya, dia tidak mahu jatuh cinta terhadap wanita sebaiknya. Jadi, dia
buat keputusan untuk beredar. Minumannya pun sudah habis diminum.##################################################################
“Tak bolehlah bos. Nak kena bos juga yang hadir. Batalkan ajelah niat bos tu
nak ke sana tak boleh ke?” soal PA nya lagi. Nak marah pun tidak boleh. Dia
hanya orang bawahan dan dia tahu, bosnya sudah separuh jalan.“Yalah.. I pusing semula ni. Apa-apa
sediakan dokumen penting dekat atas meja.”
“Baik bos.”
Talian dimatikan. Dengan pentas Arham
Syah pusing menuju ke kuala lumpur semula. Jika tidak, pasti dia akan bertemu
dengan kekasih hatinya yang sudah berpenghuni di jiwanya beberapa tahun
lamanya.
Arham Syah mengeluh. Kacau mood
betullah! Ada mesyuarat urgent. Padahal ini sudah sesuai waktunya! Anisha
Asyiqin sudah berada di butiknya itu sekarang. Hari ini! Huh.
Sekarang, tugas sudah selesai. Dia
boleh pulang ke rumah. Sewaktu dia sedang memandu menuju ke rumah, dia mendapat
panggilan. Terus dia sambungkan..“Hai Syah.. aku dekat rumah engkau ni.
Bila nak balik? Penatlah nak tunggu.” Raziq yang bercakap di sebelah sana
rupanya.
“Iyalah.. aku tengah on the way lah ni.
Tadi ada mesyuarat tergempar. Tiba-tiba pula tu.” Kata Arham Syah dan mematikan
talian itu.###########################################“Fia nak jumpa siapa?” soal Indah.
“Lelaki tulah. Dia sudi yeay..! kat kl
nanti.”
“Oh.. gediklah kau ni. Haih..
entah-entah dia kaki perempuan ke? Dia tu dah ada yang berpunya ke kan? Mana
kita tahu?” Indah mahu melihat reaksi Eisya Afia tu.
Afia mencebik. Apa-apa ajelah. “Kalau
kau nak date ngan Naufal tu.. aku tak kisah punlah.” Jujur dia memberitahu. Dia
memang tak ada perasaan terhadap Naufal uh. Dia aje yang perasan. Hummpp!
Indah hanya mendiamkan diri. Malas nak
bertekak lagi-lagi fasal Naufal.“Eh Indah nak pergi mana?” soal Eisya
Afia apabila melihat rakannya bersiap mahu keluar.
“Ambil angin. Jalan-jalanlah. Sekarang
musim bunga. Minggu depan nak pulang ke Malaysia. Nak sampai sebulan baru balik
sini semula.. tengok-tengok nanti bunga dah gugur ke. Musim lain pula ke yang
ambil alih.”
“Eh tunggu kejap. Aku nak ikut.”
“Cepat sikit.”
Mereka pun mencuci mata melihat
kejadian ciptaanNYA. Sungguh memukau siapa sahaja yang melihatnya.
Teaser bab14
“Syira, saya nak awak handle butik ni
untuk beberapa hari boleh tak? Saya nak balik jumpa mak ayah saya esok.” Kata
Anisha. Dia tidak sabar-sabar hendak buat kejutan.
Syira hairan. Baru masuk hari kedua
pulang uruskan yang disini sudah hendak bercuti? Hmm tak mengapalah. Biarkan
bos berehat. Kasihan, penat.
“Berapa hari tu bos? Okay.. boleh aje
tiada masalah.”
“Tiga hari aje. Apa-apa call?”
“Baik bos.” Syira mencatit apa yang
perlu dia lakukan.
“Saya minta diri dulu bos.”
“Okay. Nanti saya jengah ke luar ya.
Ada kerja sikit.” Pesan Anisha.Syira mengangguk. Tidak pernah bosnya
bermalas-malasan walaupun letih. Iyalah, butik kesayangan. Hasil titik peluhnya
mestilahkan tak nak mensia-siakannya.
Anisha Asyiqin beramah mesra dengan
setiap pelanggannya. Dia berharap, mereka berpuas dengan hasil keluaran
butiknya.
“Assalamualaikum Cik Anisha! Ingat lagi
tak mak cik? Yang pernah minta card kamu bulan lepas kut tak silap?” tiba-tiba
seorang pelanggannya menegur Anisha Asyiqin. Dia tersenyum. Mestilah dia ingat!
“Wa’alaikummussalam.. mak cik nak beli
apa? Biar saya yang uruskan buat mak cik. Lagipun pekera-pekerja saya semuanya
sibuk.” Katanya bersahaja.“Mak Cik nak yang itu. Berwarna.. apa
ya yang menarik?” kata pelanggan itu sambil mengunjuk ke arah koleksi rekaan
terbarunya. Dia tersenyum.##################################Wanita berusia itu mengangguk. “Nak dua
pasang tu ya. Carikan saiz yang sesuai dengan mak cik.” Pinta pelanggan itu.
Anisha Asyiqin menghadiakan senyuman manis.
Sewaktu pemuda kacak itu hendak
membayar bagi pihak ibunya, mata mereka saling bertaut. Anisha terpanar..
pemuda itu tertegun beberapa ketika. Tidak mereka sangka! Mereka dipertemukan
dalam keadaan sebegini setelah hampir lapan tahun tidak berjumpa.
Mak kepada pemuda itu hairan. Eh?
Takkanlah anaknya sudah jatuh cinta dengan owner butik ini? Apa salahnya kan?
Mak cik itu hanya tersenyum gelagat mereka berdua. Memandangkan ada juga
beberapa orang pelanggan yang menunggu di belakang, dia baru terasa yang
anaknya harus membayar sekarang juga. Cashier yang di sebelahnya sudah penuh.
Hu hu, murah rezeki budak ni.
“Emm.. rasanya sudah tiba waktunya
hendak membayar. Tak ke begitu Cik Anisha?” mak kepada lelaki itu berseloroh.
Seperti dunia kembali berputar. Mereka
berdua kembali ke alam realiti. Setelah Anisha Asyiqin memberitahu harga
keseluhurannya, pemuda kacak itu terus membayar tanpa membuang waktu.
“Dah jatuh cinta ke?” soalnya maknya
setelah beredar dari butik itu.
TAMAT SUDAH TEASER UNTUK KISAH INI. MAAF JIKA ADA SILAP DAN SALAH. KEKURANGAN DAN SEBAGAINYA. SAYA AKAN EDIT DARI MASA KE MASA.
Comments