Assalamualaikum.. selamat baca teaser yg secotet ni eh? hhehe smoga terhibur..
Teaser bab 3
“Hmmm hati-hati. Ayah kamu tu ada dekat
ruang tamu.” Balas Puan Maimunah lembut. Pantas dengan itu Anisha Asyiqin menyalami
tangan ibunya sebelum dan selepas ke sekolah atau pulang dari sekolah. Itulah rutinnya
yang takkan sesekali ditinggalkan.
###################################
Di pintu pagar kelihatan seorang pelajar
lelaki yang amat dibencinya sedang bertugas. Menyampahlah! Asyik-asyik ada ajelah
dia nikan! Dalam kelas, kantin, semualah! Namun di beranikan diri juga untuk masuk
ke perkarangan sekolah walaupun hati dah tak keruan.Panas saja hatinya.
Saat kakinya mahu melangkah masuk melepasi
pintu pagar tiba-tiba ada suara yang menegurnya. Ish! Apalah dia ni nak sebenarnya
hah?
######################################
“What?!! Awak ingat saya ni kuli awak ke?
Dahlah jangan halang saya. Nanti tak sempat. Saya dengan Sakinah nak pergi kantinlah!”
marahnya hampir sampai ke kemuncak sambil memegang kemas tangan Sakinah. Ina
terkebil-kebil.
“Haha. Okeyyy… don’t worry. Saya pun
tak hengenlah duit awak tuAnisha…” ucapnya lalu pergi meninggalkan Anisha dan Sakinah
yang masih berdiri kaku di hadapan kelas.
Pada waktu persekolahan menengah tamat.Dia
bercadang mahu cepat-cepat berjalan keluar dari sekolah untuk pulang awal. Tak nak
terserempak dengan Arham Syah! Namun nasib tidak menyebelahinya. Belum sempat dia
melangkah kakinya keluar dari kelas Arham Syah sempat menghalang…
Comments