Cerpen SERAM 1st BAYANG ITU



CerpenSeram 1st – BAYANG ITU
Aku berasa seram sejuk ketika melangkah di rumah ini.Tapak perumahan ini dikatakan ada sesuatu tetapi aku cuba menepis segala perasaan gusar itu. Seminggu berlalu tiada apa-apa yang berlaku.Namun, pada suatu malam…
Aku sedang tidur nyenyak di katil.Sebelah aku ialah ibuku.
Ibu terkejut lalu terbangun dengan sendirinya. Di sebelah kanan, terdapat sebuah tingkap dengan langsirnya yang terangkat-angkat ke atas dek ditiup angin malam.Tidakdisangka, ibu ternampak satu lembaga.
Ibu merenung wajah lembaga itu. Kenapa wajahnya sama dengan anaknya yang bongsu? Pelbagai persoalan bermain di mindanya. Lalu ibu melihat di sebelah mana tahu anaknya di luar itu sedang meminta untuk masuk ke dalam rumah.
Alangkah terkejutnya! Anaknya sedang lena tidur. Tiba-tiba lembaga itu muncul di pintu bilik itu. Ibu hanya mengendahkan kelibat itu apabila menyedari itu hanyalah syaitan.
Pada keesokkan harinya, ibu menceritakan hal itu kepada aku. Aku mula berasa amat takut untuk duduk di rumah itu. Berkali-kali aku cuba untuk jangan takut namun ketakutan itu tidak pernah surut.
Ibuku juga berpesan, jangan selalu ingat akan hal itu… jangan takut. Lupakan sajalah, tak ada apa-apapun.
Jam sudah menganjak jam lapan malam. “Aduh! Laparnya..takut pula nak pergi dapur…” aku mengeluh perlahan. Aku masih tidak dapat mengusir perasaan itu.
“Tak makan lagikan? Pergilah makan,” tegur ibu. Aku tahu aku perlu makan ikut waktu kerana aku mempunyai penyakit gastrik.
Perlahan-lahan aku melangkah ke dapur. Sewaktu aku mahu ke ruang tamu semula, kenapa aku rasakan seperti ada seseorang yang menyerupai aku sedang mengekori aku dari belakang? Pantas aku pusing kebelakang namun tiada sesiapa. Aku pantas ke ruang tamu.
Kenapa keluarga aku yang lain tidak rasa apa yang aku rasa? Fikirku.
Hari berikutnya, aku mahu mendirikan solat isyak. Di dalam bilik itu, cuma ada aku seorang sahaja.
Setelah bersiap-siap memakai telekung, aku dapat rasakan dan nampak walaupun aku tidak berpaling ke belakang yang ada bayang menyerupai aku dan wajahnya sangat menakutkan namun aku tetap teruskan solatku.
Setiap kali ada apa-apa, mesti aku rasakan hal yang sama.
Ibu dan aku pergi berjumpa dengan seseorang.Setelah diamati katanya memang ada ‘benda’ terutama di depan pintu masuk rumah aku itu.



Aku mahu memberitahu kepada ibuku mengenai bayang itu yang sentiasa mengekori aku kecuali aku pergi jauh dari rumah itu. Namun aku tidak mempunyai kekuatan jadi aku hanya pendam. Ya! Sikap aku memang seorang yang memendam rasa.
Kejadian itu berulang-ulang setiap minit, setiap waktu dan setiap hari. Mungkin orang akan katakan yang aku pasti sudah lali dan tidak akan takut lagi namun perasaan itu terus-menerus menakutkan diri aku.
Aku termenung apabila kenangan lama mula menerjah fikiran.
Malam minggu pertama, jam sudah berganjak pukul tiga pagi. Aku dan ibuku terjaga kerana terdapat bunyi grill rumah yang bergegar kuat. Kami pantas terjaga.
Tok wan aku! Dengan tongkatnya dia menggegarkan pintu grill rumah aku itu. Ibuku segera bertanya.“Kenapa ni mak?Ada apa dekat luar tu?”
“Tu hah! Ada tiga orang budak dekat sana. Ajak mereka semua masuk  ke sini, aku nak berjumpa dengan mereka.” Aku yang mendengarnya menjadi seram sejuk apabila memandang ke arah beberapa ‘orang’ yang dikatakan tok wan aku itu. Namun tiada sesiapa pun disitu! Hanyalah suasana gelap yang diterangi dengan simbahan lampu serta ditemani bunyi-bunyi seperti burung hantu dan cengkerik.
Ibu pantas membawa tok wan aku duduk di sofa. Aku yang masih kecil tidak tahu apa-apa hanya memerhati apa yang ibuku mahu lakukan. Aku hanya berdoa dengan surah-surah yang kuhafal di dalam hati untuk menenangkan diri.
Ibuku segera membantu tok wan ku minum air zam- zam namun tok wan dengan sekerasnya menolak jadi terpaksa lah ibu aku memaksa tok wan aku minum air zam-zam itu apabila keadaan menjadi semakin tidak terkawal. Tok wan meracau-racau yang bukan-bukan. Menolak-nolak ibuku dengan kuat.
Setelah beberapa jam berlalu sehinggalah subuh berkumandang, tok wan aku sudah terlena di sofa. Mungkin kerana penat. Fikirku Yalah, umur tok wan sewaktu itu sudah menjangkau lapan puluh tahun.
Sebelum fikiranku menerawang lebih jauh, aku cuba mengusir semula ingatan lama.
Kekadang aku dapat rasakan seolah-olah bayang itu mahu mencekik aku kerana marah! Aku pun tidak tahu kenapa. Kekadang juga aku dapat merasakan ‘dia’ mahu menakutkan aku dengan cara menyentuh bahuku.



Jam sudah menganjak ke pukul 10 malam. Aku yang berada di rumah rakanku merangkap jiran itu meminta diri mahu pulang ke rumah. Rumah aku dengan rumahnya hanya bersebelahan sahaja jadi aku tidak terlalu takut.
 Sewaktu aku mahu mengetuk pintu rumah untuk masuk, tiba-tiba aku menoleh ke belakang dan muncul sebuah lembaga yang berkepala besar dengan wajah yang sungguh menakutan, matanya yang merah-kemerahan berserta pakaian putih yang lusuh dan juga rambutnya yang panjang itu bergerak ke kiri dan ke kanan dengan menjerit dan ketawa di hadapanku.
Aku yang sedang panik terus sahaja mengetuk pintu rumah aku bertalu-talu. Setelah kakak aku membuka pintu aku terus berlari masuk ke dalam rumah. Seluruh ahli keluarga memandang aku dengan hairan. Apalah agaknya yang terjadi?
Aku hanya bias mendiamkan diri. Lembaga seperti itu menghantui hidupku sehingga kini. Kemungkinan tiada apa-apa cuma hanya sebahagian dari trauma aku yang tidak berkesudahan.


Sekian.Tamat.Saya tidak perlulah menceritakan apa yang terjadi dengan sepenuhnya. Lagi pula ‘tok wan’ di dalam watak di dalam cerita ini ialah arwah nenek aku yang sudah kembali ke rahmatullah kira-kira dua tahun yang lalu.Semoga rohnya ditempatkan dengan orang-orang yang beriman.

P/s :-maaf buat pembaca semua! Maaf sangat kerana tidak seseram manapun yang perlu saya buat agar cerpen ini berjaya.Namun maaf seribu maaf sangat.Ini hanyalah pengalaman saya sendiri.Perkara aku yang diganggu oleh bayang itu berlarutan sehingga kini~

Comments

Unknown said…
huish..mmg seram gak nih.
Naurah Hazwany said…
terima kasih! maaf segala kekurangan yang ada :) terima kasih kerana sudi coment