Cerpen
Suamiku Mirip HunHan Ke?!
Hanna Amina menelan air liur. Dia
berdebar-debar kerana kedua orang tuanya masih mendiamkan diri sejak dari tadi.
Salahkah aku nak belajar dekat
Korea?Apa yang susahnya? Bukannya aku tidak boleh jaga diri dekat luar negara
nanti.Minta-mintalah mama dengan ayah setuju.Kalau tidak kempunan aku nak ke
Korea. Desis hati Hanna Amina
“Betul ke Hanna nak belajar dekat
Korea?Kamu yakin ke kamu boleh bawa segala apa yang kamu akan belajar nanti?”
soal Encik Amrul.
“InsyaAllah ayah. Boleh ke tidak ni?”
Hanna tidak sabar menantikan jawapan dari ayahnya.
“Boleh, ayah dengan mama kamu tak ada
pun masalah. Tapi dengan satu syarat! Ayah nak Hanna ikut syarat ni.” Suara
lantang Encik Amrul sangat menakutkan Hanna.
"Syaratnya… apa ayah?” soal Hanna
Amina terketar-ketar.
“Ayah nak kamu bernikah dahulu dengan
Syakir barulah ayah benarkan. Bolehkan?”Encik Amrul tersenyum lebar.Dia tidak
sabar mahu bermenantukan Syakir.
Rahangnya jatuh ke bawah. Betul ke
tidak ni apa yang aku dengar? Kahwin? Dengan siapa! Aku tak kenal pun.Jerit
batin Hanna.
“Tak usahlah kamu bimbang. Mama yakin
dia boleh jaga kamu dengan baik sepanjang kamu di Korea nanti. Lagipun Syakir tu
akan bekerja dekat Korea semasa kamu di sana nanti. Keluarga Syakir akan datang
malam nanti," ujar Puan Jannah.
“Baiklah Hanna setuju.Tetapi Hanna tak
janji akan jaga dia. Patutnya suami yang jaga isteri.” Ish kacau daun betullah!
Susahlah nak bersiar-siar dekat sana nanti.
“Hanna, kenalkan ni anak mak
cik.Syakirin.Panggil Syakir aje ye.Kamu berdua berkenal-kenalah dahulu ye,”
ujar puan Suhaila.
Hanna hanya mengangguk.Nak senyum macam
dah tak berdaya aje. Aku akan kahwin! Dalam usia muda pulak tu!
Hanna memandang Syakir tak berkelip
dari tadi. Biar betullah ni orangnya! Gila ahhh. Sama nya muka dengan sehun dan
luhan dari Exo tu!
“Apa pandang-pandang!Macam tak pernah
nampak orang.Eh apesal aku kena kahwin dengan engkau hah?!” sergah
Syakirin.Pening fikiran dia bila fikirkan hal itu.
“Perasan!Mana aku tahu lah. Kau tanya
aku apa fasal? Kejap aku nak tanya engkau ni. Kau ni ada buat pembedahan
plastik ke? Muka kau sama lah dengan sehun dan luhan,” soal Hanna tanpa rasa
malu. Buat apa nak hormat? Dia tak hormat orang dahulu.
Terbeliak mata Syakirin.Apa fasal
dengan minah sorang ni. Ada ke dia samakan aku dengan artis tu. Aku tahulah aku
ni kacak sangat. Mesti dia cair tengok aku itu yang tak betul tu.
“Mana ada! Suka hati kau aje kan nak
menuduh. Dah muka aku macam ni dari lahir, apa nak buatkan? Aku memang kacak
pun.” Sakit hati Hanna tengok perlakuan lelaki dihadapannya itu. Bajet sangat!
Perasan bagus betullah dia tu. Kutuknya lagi.
“Apa yang gaduh-gaduh ni. Tak baiklah!
Lagi seminggu kamu berdua nak kahwin. Elok-elok sikitlah semasa bercakap tu.
Ini tidak macam anjing dengan kucing aje mama tengok. Hanna! Kenapa kelakuan
kamu macam itu hah?!” sergah puan Jannah.
Terkejut Hanna Amina dan Syakirin
apabila disergah sebegitu.Syakirin termalu sendiri.Apa fasal lah aku tak jaga
adab. Desis hati Syakir.
“Suka lah kau kan yang mama aku
menyebelahi kau!Malaslah nak bertekak dengan kau lagi.”Kata Hanna dan berlalu
pergi.Sedih hatinya mengenangkan nasib hidup ini.
“Syakir, mama percaya kamu. Jaga
baik-baik ye anak mama tu. Itulah anak mama satu-satunya," pesan Puan
Jannah.Sedih juga hati keibuannya melihat anaknya bakal meninggalkan Malaysia
dan berhijrah ke Korea untuk melanjutkan pelajaran.
“Sudah-sudah lah tu menangis
Jannah.Jangan risau sangatlah.Syakir tu dah dewasa taulah dia nak buat macam
mana dekat sana.”Setelah lama Encik Amrul mendiamkan diri akhirnya bersuara
juga.
“Baik mama.Kami gerak dululah ye.Takut
terlepas flight pula,” ucap Syakir sebagai tanda menghormati keluarga mertuanya.
“Jangan lupa Malaysia pula ye.” Pesan
Puan Suhaila.
“Cantiknya rumah ni. Memang
terbaiklah!” jerit Hanna Amina teruja.
“Hanna! Boleh tak awak perlahankan
suara awak tu. Sakit telinga saya dengar tahu tak!”Hanna mencebik mendengar
amaran suaminya.
“Hello my husband a.k.a HunHan,
sukahati sayalah nak cakap apa pun. Nak jerit ke, nak apa ke kenapa awak tu
sibuk sangat? Saya buat hal saya, awak buat hal awak faham! Awak pun bukannya
sudi sangat pun kan nak kahwin dengan saya.” Semuanya Hanna hamburkan kepada
sang suami yang ‘tercinta’ sangat tu.
“Okay. Saya tiada masalah apa-apa
pun.Tetapi satu aje ye. Kalau nak keluar mana-mana kena ditemani saya tau! Saya
takkan benarkan awak keluar sendiri tanpa saya.” Padan muka kau! Wahai
istertiku, semoga engkau nikmati sepanjang perjalanan kau sebagai pelajar di
sini.
Minggu pertama Hanna Amina sebagai
pelajar di University Seoul, Korea agak memenatkan.Baru dia tahu cabaran
belajar di luar negara.
Syakirin melihat jam di pergelangan
tangannya. Dia penat menunggu kelibat isterinya yang tidak
muncul-muncul.Akhirnya dia buat keputusan masuk ke perkarangan university
itu.Dengan selambanya dia berjalan-jalan di situ.Semua orang lalu-lalang disitu
memandangnya dengan wajah yang terkejut.Dia hairan.Dia hanya tersenyum memandang
mereka.
“Assalamualaikum Hanna! Puas saya
tunggu awak tak juga muncul-muncul.Penat tahu tak?Sekejap lagi saya nak pergi
sambung kerja pula.”Marahnya mula memuncak.
Terkejut beruk Hanna Amina melihat
suaminya. Ish dia nilah! Sukahati aje tunjuk muka dia tu. Nanti orang serbu
baru tahu.
“Waalaikumussalam.Maaflah. Yang awak tu
tak pakai mask yang saya belikan tu kenapa? Tengok! Semua orang pandang tahu
tak!?” kata Hanna sambil menutup kepala Syakirin dengan topi simpanannya kalau
tak tahan sejuk di kepala.
Syakirin mempamerkan wajah selamba.Apa
dia hairan? Dia nak jadi dirinya sendiri itupun salah ke?
“Dahlah jom balik!Takkan nak tercegat
aje dekat sini.Maunya kita beku berdiri
aje dekat sini," kata Hanna sambil menarik lengan Syakirin agar
cepat-cepat beredar dari situ sebelum dikecam oleh peminat fanatik exo yang
mula berkumpul.
Syakirin dengan pantas menghidupkan
enjin keretanya.Dia mahu cepat-cepat pergi dari situ.Dia mula merasa debaran di
dada apabila melihat begitu ramai pelajar di situ seakan mahu mengejarnya.
“Kan saya dah pesan!Kenapa awak tidak
boleh ikut? Bukannya susah kan? Geram betullah saya.”Syakirin hanya
menggelengkan kepalanya tatkala isterinya mula membebel.
“Cuba awak bagitahu saya!Sama sangat ke
wajah saya dengan artis tu?Dan kenapa awak panggil saya a.k.a HunHan?Saya
peliklah.Awak cakap sehun dan luhan.Bukannya hunhan.”
“Sama sangat tahu tak!Saya panggil awak
hunhan sebab singkatan bagi sehun dan luhan. Diorang berdua mempunyai wajah
yang hampir serupa lebih-lebih lagi kalau diorang menggayakan pakaian yang
sama," jawab Hanna Amina tenang. Entahlah, rasa kasihan terhadap suaminya
mulai terbit di hati.
Syakirin hanya menganggukkan kepala.Dia
mengeluh.“Susahlah hidup saya selama kita dekat Korea.Nak jalan-jalan pun tak
boleh!”
Dengan sinisnya Hanna membantah.“Bila
masa pula awak tu nak jalan-jalan dekat sini?Asyik terperuk aje dekat
rumah.Awak keluar pun pergi kerja aje.” Rasakan! Dia sendiri yang tak nak
keluar ini nak salahkan wajah dia yang mirip hunhan tu.
“Apa-apa ajelah!Kita makan dekat
restoran.Ada makanan halal dekat situ.Awak tak payah masak," dalih Syakir.
Setahun kemudian…
Syakirin dan Hanna Amina sedang membeli
belah di sebuah pusat membeli belah.Namun nasib tidak menyebelahi mereka
berdua. Kebetulan pula, kumpulan exo sedang makan di sebuah restoran yang sama
dengan mereka berdua. Maka, timbullah kekecohan di situ.Peminat fanatik exo
membuat andaian yang mengatakan, sehun sudah mempunyai kekasih dan sedang
berdating. Tetapi peminat tersebut juga keliru kerana sehun masih bersama dengan
ahli exo yang lain. Akhirnya, pemilik restoran tersebut membuat keputusan untuk
menutup seketika untuk memberi ruang pelanggannya makan dengan selesa.
“Wah exo ada dekat sinilah! Eh
untungnya kalau dapat berjumpa dengan diorang! Bergambar bersama.”Kata Hanna
teruja. Siapa tak teruja kan? Artis yang kita minat ada dekat depan mata.
Peluang, takkan nak lepaskan.Peluang tak datang dua kali.
“Hanna! Ingat sikit dekat suami awak
ni. Buat ape awak nak bergambar dengan diorang padahal orang yang dihadapan awak
ni sudah cukup serupa.” Syakirin hairan dengan dirinya.Kenapa dia harus
cemburu?Bukannya buat apapun. Tak salahpun bergambar yang ditemani oleh sang
suami.
Hanna tersengih.Cemburu ke wahai
suamiku?“Awak temanlah saya.Kita tegur dahulu.Kalau diorang izinkan barulah
kita pergi jumpa.Saya dah puas lah tatap wajah awak.”
“Biar saya tegur dahulu.Awak, duduk
sini aje.”Syakir mengalah.
“Hello Exo. Can I ask something?”
Syakir memberanikan diri menegur.
“Sure. Wait, wow your face look similar
with sehun! Daebak!” Suho, sebagai ketua dia yang bersuara dahulu sebelum
ahlinya yang lain. Sehun exo kelihatan sungguh terkejut.
Hanna yang melihat, terus sahaja ke
sisi suaminya.
“Annyeonghaseyo, i nampyeon
ibnida.Naneun malleisia ui paen-ida.Uliga banghae yeobu?”[ Hello, ini suami
saya. Saya peminat dari Malaysia.Adakah kami menganggu?]soal Hanna Amina dengan
lancar dalam bahasa korea.
Exo tersenyum.Sehun segera
membalas.“Ani, geugeos-eun mueos-inga?mali ui sajin?” [Tidak, ada apa? Mari
bergambar?]
“Su issseubnikka?”[Bolehkah?]Hanna
makin teruja.Semua ahli Exo mengangguk.
Maka, terciptalah sesi bergambar dan
berbual mesra antara Exo, Hanna dan tidak terkecuali Syakir juga seperti sudah
akrab dengan ahli exo.
“Amboi, bukan main gembiranya.Nasib
baik tidak lupakan saya.”Kata Syakirin seakan-akan merajuk.
“Alolo, tak payahlah nak buat muka
kesian ke apa.”Ujar Hanna seperti tidak berperasaan.
“Awak ni memanglah Hanna!” kata Syakir
sambil mengusap kepala Hanna sehinggakan Hanna Amina rimas.
“Awak ni dah kenapa?” soal Hanna tidak
puas hati. Ish dia nilah! Nanti ada juga karang yang kena simbah dengan air
sebaldi. Baru padan muka! Sudahlah sini cuaca sejuk, kena pula tu air yang
sejuk. Demam baru tahu! Ngomelnya di dalam hati.
“Awak, nak ke saya sumbat awak dengan
selimut ni? Tak pernah pun nak hormat saya?” mulut puaka milik Muhammad
Syakirin memang selalu menyakitkan hati Hanna. Tetapi Hanna tetap okay aje.
“Kalau hari-hari saya kena hadap awak,
tak ke naya saya kena masuk hospital sakit jiwa. Tak habis-habis nak cari
masalah.” Selamba jawapan dari Hanna sebenarnya agak memeranjatkan Syakir. Eh?
Teruk sangat ke aku ni? Ke dia yang menyakitkan hati?
“What ever!” Hanna segera masuk ke
kamar untuk berehat.Esok ada kelas.Nanti tak studi makin pening pula dia
belajar tak tentu hala dekat dalam kelas nanti.Sudahlah semua pandai-pandai
belaka.
Syakir termenung.Kenapa setiap hari
jika dia bersama Hanna, pasti jiwanya tak tentu hala.Macam dah jatuh cinta.Tetapi,
kenapa Hanna macam tak suka aje dekat aku? Aku kena buat sesuatu ni! Syakir
tersenyum.
Suasana kecoh di university itu
membuatkan Hanna Amina tertanya-tanya.Apa yang sudah terjadi?
Semua pelajar di situ berteriak
memanggil nama sehun. Salah seorang dari mereka telah mengutarakan soalan.
“NI ui sehun oppa yeobu ?” [Adakah oppa
ni sehun?] Syakir tersenyum puas.Mengena juga akhirnya taktik dia.
“ani, nan geunyang sehun gwa gat-eun.”
[Tak, saya hanya mirip mirip dengan sehun itu.]jawabnya lancar.
“biseushan !pyosi hal su issseubnikka?”
[Mirip! Bergambar boleh?]tanyanya lagi. Syakir hanya menganggukkan kepala tanda
setuju.
Berebut-rebut mereka bergambar.Walaupun
bukan sehun, tetapi yang serupa pun boleh.
Hanna yang melihat itu segera menarik
pergi Syakir.Mana boleh dia duduk diam aje.Cemburunya meluap-luap.
“Awak ni dah kenapa Syakir!Kenapa awak
layan diorang tu semua?”Hanna merenung tajam ke arah suaminya.
“Tak ada apa. Saja.Takkan itu pun tidak
boleh?Bukannya saya mengaku pun. Yang awak nak marah-marah ni kenapa? Cemburu
ye?”Syakir menggunakan kesempatan itu untuk mengetahui isi hati isterinya yang
hati keras macam batu.
Hanna mengalih pandangan.Tidak sanggup
memandang wajah Syakir.
Syakir memegang bahu Hanna.“Saya tahu
yang awak cemburu. Cemburu tanda sayang kan? Jadinya awak dah jatuh cinta
dengan saya?”semoga jawapan yang diharapkan akan ditutur oleh Hanna Amina.
Hanna tidak dapat lagi berselindung.Dia
terus memeluk suaminya itu.Apa salahnya kan? Sudah bernikah.
Akhirnya mereka dapat juga mengecapi
kebahagiaan yang diharapkan selama ini.Walaupun masih bertikam lidah, tetapi
kali ini mereka berdua bertikam lidah versi yang penuh kasih sayang.
Tamat
naaf akan segala kekurangan ini. terima kasih atas kesudian membaca ini.
Comments