Cerpen - Kau Dah Curi Hati Aku! [special to my friend]

Assalamualaikum!Hey maaf lah lama tak update cerpen buzy skolah kan? lgi2 thn ni pt3. tapi tiba-tiba nak buat sebuah cerpen. saya buat ni agak tergesa-gesa harapnya dapat diterima baik.  yang ni agak pendek jadi maaf kalau tak best. Semoga terhibur!


Semua pelajar yang dulunya  tingkatan lima di seluruh Malaysia berdebar-debar kerana sedang menantikan keputusan SPM mereka masing-masing.

Keputusan SPM itulah yang menentukan masa depan mereka. Di sebuah sekolah, semua pelajar yang menunggu result asyik berbual dengan kawan-kawan sementalah sudah agak lama tidak berjumpa.

Tiba-tiba seorang guru tingkatan lima ingin membuat pengumuman menggunakan pembesar suara. Semua pelajar tertumpu ke arah cikgu tersebut sepenuhnya.

“Keputusan dah sampai. Saya minta semua pelajar beratur mengikut kelas bagi memudahkan guru-guru kamu untuk memanggil nama kamu.”

Ada pelajar yang mengenggam tangannya kerana gementar dan ada juga yang gembira. Mungkin mereka sudah yakin ataupun sudah mengetahui keputusan dengan menggunakan perkhidmatan mesej ringkas.

Sewaktu seseorang pergi ke hadapan untuk mengambil keputusannya, ada seseorang yang memandangnya dengan ekor mata.

“Alhamdulillah! Tidak sia-sia pengorbanan aku selama ini.”

“Wah gembira aje saya tengok. Keputusan awak macam mana?” tanya lelaki itu.

“Tak nak lah bagitahu awak. Saya nak tunggu awak dapat keputusan awak dahulu barulah saya bagitahu.” Ucap Aulia Imani.

“Okay. Eh nama saya dipanggil tu. saya pergi dulu” ujar Asfan terhadap Aulia.

Aulia Imani memandang Asfan berlalu pergi dengan penuh perasaan. Bukan apa, jika keputusan Asfan lebih bagus darinya. Dia akan malu sendiri.

“Alhamdulillah Aulia. Saya dapat A bagi semua mata pelajaran. Awak pula?” mata Asfan bersinar-sinar.

Dia terdiam seketika. Alamak.. dia mula berkira-kira nak bagitahu ataupun tidak. Malunya.. nak letak mana muka ni. Getus hati Aulia Imani.

“Cakaplah. Hello!” geram Asfan dengan rakannya itu.

“Errr.. tidak sebagus awak. Cuma A kesemuanya kecuali ada 2B. fahamkan maksud saya?” balas Aulia lemah. Cita-citanya nak dapat semua A nampaknya tidak kesampaian.

“Tahniah! Oklah tu. apa yang kurangnya? Yang B tu tambah ke tolak? Mesti awak dapat B+ kan? Awak kan dah usaha sehabis mungkin, insyaAllah memang bagus keputusan awak!” Asfan berkata-kata dengan penuh semangat. Bukannya orang lain peduli pun, masing-masing sibuk dengan hal sendiri.

“Haah. B+ dan A+ dan A sahaja. Saya bersyukur yang B atau A tolak tu tiada.” Aulia kembali ceria.

“Awak nak masuk jurusan apa ke U nanti? Saya.. nak cek dulu U mana yang ada saya nak tu.” soal Asfan terhadap Aulia.

“Samalah macam awak. Oklah saya penat ni. Dah tak sabar nak bagitahu ibu bapa saya. Saya balik dulu. Assalamualaikum.” Ujar Aulia.

“Oh okay. Saya pun. Waalaikumussalam. Nanti saya telefon awak malam nanti.”
“Okay Asfan”


“Mama, saya nak masuk jurusan perniagaan.” Kata Aulia kepada kedua ibu bapanya.

“Kamu carilah university mana yang sesuai. Lepas tu jangan terus hantar permohonan. Bagitahu ayah dahulu. Kalau okay ayah izinkan Aulia belajar dekat situ.” Balas ayah Aulia.

Lalu bermulalah pencariannya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. “Lah Asfan rupanya yang call. Ingatkan bila pulak lah aku bukak lagu Cn Blue ni.” Dia membebel tanpa mempedulikan telefonnya yang asyik berdering.

“Masa aku tengah sibuk baru nak telefon. Masa aku tiada buat apa-apa tak nak pula angkat bila aku call. Aku tahulah kau nak telefon aku.” Bebelnya lagi. Lalu dia pun angkat.

“Assalamualaikum Aulia! Kenapa tak jawab panggilan saya? Dah banyak kali saya call awak tak nak jawab pun. Sampainya hati…” tanpa menunggu Aulia Imani menjawab salamnya dia terlebih dahulu menerjah.

“Waalaikumussalam. Maaflah. Saya dah mula cari saya nak daftar dekat mana nanti. Masa saya bosan tak ada buat apa-apa awak pula yang tak nak angkat. Ni saya baru sekali dah marah-marah. Malaslah macam ni.” Aulia mula bertekak dengan Asfan. Entahlah.. mood nya tidak berapa elok agaknya.

“Yalah. Maaf. Nanti saya telefon awak lagi.” Asfan pura-pura merajuk.

“Ish suka hati awaklah. Assalamualaikum!” Aulia terus menutup telefonnya.
Ish dia nilah! Apesal sensitif sangat? Takkan sebab keputusan SPM dia kut? Desis hati Muhammad Asfan.

*****************************************************************************
Suasana di Universiti Tenologi Mara (UITM) agak lenggang. Ada seorang gadis sedang menantikan seseorang.

“Assalamualaikum Aulia! Awak dah tunggu lama ke?” Asfan tersenyum memandang gadis di hadapannya. Memang tidak dirancang, mereka berdua memasuki di unversiti yang sama tetapi fakulti yang berbeza. Mestilah ikut kehendak masing-masing.

“Waalaikummussalam Asfan. Tak adalah lama sangat cuma kawan saya yang teman saya tu dah balik kat bilik. Penat katanya.” Balasnya bersahaja.

“Oh. Awak dah makan tengahari? Kalau belum jomlah makan sama-sama dekat café. Saya lapar dan haus sangat ni.” Ajak Asfan.

No problem! Jomlah. Lepastu bolehlah saya balik ke bilik.” Aulia memberikan persetujuan.

“Okay..” jawab Asfan lemah. Sejak mereka belajar di university, mereka sudah jarang berhubung. Kalau berjumpa seminggu dua kali pun tidak lama. Dia mula rasakan kekosongan. Bukan tiada kawan, tetapi dia lebih senang nak berkongsi apa jua masalahnya dengan Aulia Imani..

Disebalik itu, ada seseorang yang memerhati. “Kenapalah diorang masih juga berhubung walaupun masing-masing sibuk belajar kerana lagi tiga bulan akan ada peperiksaan bagi semester pertama. Ish! Sudahlah bukan mudah nak berkawan dengan Asfan tu.”

“Esok awak ada kelas bila?” tanya Asfan.

“Saya kelas petang. Awak pula?”

“Pagi. Baru nak studi sama-sama esok petang lepas zohor dekat perpustakaan.” Balas Asfan.

Aulia Imani tersenyum. Memang tidak disangkal, mereka sudah jarang belajar bersama-sama.

“Oh. Nak buat macam mana kan? Kita berbeza jurusan. Jadi masa pun memang tak sama lah kan.” Balasnya bersahaja namun hatinya perit. Siang malam dia merindukan lelaki di hadapannya. Namun, pelajaran itu lebih penting.

“Tidak mengapalah Aulia. Jika ada masa terluang kita studi sama-sama tau. Lepas habis exam barulah kita boleh berjumpa kan? Dah lama keluarga saya dengan keluarga awak tak keluar bersama-sama masa kita cuti sebab tiada kelas.” Ujar Asfan konon takde perasaan padahal hatinya rindu sangat.

“Ye tak ye juga. Lepas exam nak?” ceria saja wajah Aulia.
“Saya ok aje.” Pendek balasan Asfan.

********************************************************************************
“Aulia. Tahniah! Kau dapat cemerlang. Aku hampir-hampir je tapi tak dapat macam kau.” Kata teman sebiliknya. Asma.

“Asma, terima kasih. Alah pandai apa kau punya keputusan.” Balas Aulia ceria. Mana tak gembira, keputusannya tertulis nombor 4. Bukan mudah tu nak dapat keputusan macam tu. namun, jiwa raganya tidak begitu. Makin menusuk ke kalbu. Selepas exam dia mengetahui yang Asfan sudah berpunya. Mana tak perit, dia begitu menyayangi Asfan lebih. Mungkin Asfan sayangnya hanya sebagai seorang kawan tetapi Aulia?

“Aulia, kau ni dah kenapa. Biarlah Asfan tu. lagipun bukannya dia pinggirkan kau pun kan. Kau je yang makin hari makin menjauhkan diri dari dia. Alah, tak kemana lah tu. ingat tau Aulia! Selagi belum ada ikatan yang sah, selagi tu kau masih ada peluang. Kalau ada jodoh tak kemanalah Aulia. Relaks sudah.” Kata Asma. Kasihan dia melihat rakan sebiliknya itu. Orangnya ceria tetapi suka memendam perasaan.

“Dia dah tahu aku cintakan dia. Tapi dia tak bagi respon. Dia layan macam biasa aje. Sekurang-kurangnya cakaplah terima kasih sebab sukakan saya ke ini tidak. Nothing.”

“Yelah. Tapi aku tak nak kau putus harapan. Dan jangan kau campur adukkan hal percintaan dan pelajaran. Kau tu sudahlah bijak, jangan dipersia-siakan. Dan aku tak nak tengok kau menangis tau! Tak ada gunanya lah Aulia. Baik kau buat macam biasa je.” Sambungnya lagi.
Aulia Imani mengangguk lemah.

********************************************************************
“Aulia, macam mana studi untuk sem dua ni. Susah tak?” soal Asma. Mereka berdua berkenalan kerana satu bilik dan juga mereka berdua sama-sama mengambil fakulti pengurusan perniagaan. Akhirnya mereka menjadi sahabat.

“Boleh tahanlah. Belum pening lagilah. Kalau ada assignment berkumpulan, aku risaulah. Sebab rumah bukannya dekat. Sudahlah kerja tu nanti buat time kita cuti. Aku dengan kau tak ada masalah lah.” Balas Aulia Imani.

“Oh.. nak buat macam mana kan? Dah itu yang kita kena buat nanti.” Kata Asma mengiyakan penjelasan Aulia.

“Eh Aulia! Kau nak tahu tak, yang kekasih hati kawan kau tu. dah tinggalkan kawan kau. Memanglah diorang tak bercinta tapi mana tak sedihnya Asfan. Perempuan tu kan asyik menipu aje. Kikis duit Asfan. Walaupun dia tahu Asfan tu bukan dari golongan bangsawan tu semua tapi bukan main lagi dia minta macam-macam.”

Terkejut Aulia. Sudah lama dia tidak mendengar perkhabaran Asfan.

“Mana kau dengar ni Asma? Memandai ajelah.” Kata Aulia tidak percaya.

“Aku taulah. Aku rasa mesti Asfan cari kau punya. Kan kaulah teman yang boleh berkongsi apa sahaja.” Kata Asma yakin.

“Yalah. Aku nak studi dekat perpustakaan dulu. Kau nak ikut tak?” dalihnya sengaja.

“Ok. Aku siap kejap.” Balas Asma tanpa berfikir panjang.

Sewaktu perjalanan pulang ke rumah sewa selepas pergi ke perpustakaan, Asfan menantikan Aulia di perpustakaan.

“Aulia, saya nak jumpa awak. Jom ke café.” Kata Asfan.

“Oklah Aulia. Aku pergi dulu. Elok-elok.” Kata Asma.

“Jomlah.” Kata Aulia malas. Sekadar basa-basi.

Serabut aje Aulia tengok Asfan ni. Dah kenapa lah dia ni? Baru putus cinta dah macam ni. Ke ada masalah lain? Fikirnya.

“Aulia… ibu bapa saya…” kata Asfan tersekat-sekat. Walaupun dia tengah sedih tentang hal percintaanya, namun mengenai ibu bapanya adalah lebih utama.

Aulia Imani makin takut ingin mendengar khabar apakah yang ingin disampaikan.

“Teruskan.. kenapa dengan ibu bapa awak Asfan?” suaraku turut bergetar.

“Ibu bapa saya kemalangan. Alhamdulillah hanya cedera ringan.” Kata Asfan senada.

“Alhamdulillah. Kalau cedera ringan sahaja, kenapa awak kusut sangat ni?” soalnya lagi. Berteka teki pulaklah Asfan ni. Ni yang malas nak cakap dengan Asfan.

“Mana adalah. Saya okay. Jadinya hujung minggu ni saya nak pulang sebab nak jenguk diorang. Saya nak awak ikut sekali.”

“Kenapa pula? Bukan tak nak jenguk mak ayah awak tapi kenapa awak ni serius sangat?”

“Sebab.. sebelah pagi kita jenguk ibu bapa saya dan sebelah petang kita akan melangsungkan suatu acara pertunangan antara saya dengan awak!” wajah Asfan kembali ceria.

Hah! Biar betul ni! “ kenapa tiba-tiba ni? Saya tak tahu apa-apa pun. Kenapa tergesa-gesa?”

“Sebab saya dah yakin dengan keputusan saya. Saya tahu isi hati awak. Jodoh ditangan tuhan. Saya sudahpun melakukan apa yang patut. Jadi, awak ikut saya balik sekali tau hujung minggu ni! Ayah awak jemput kita.”

Hati Aulia berbunga-bunga. Tidak disangka begini pengakhirannya. Cintanya untuk Asfan masih kukuh di hati.

“Awak tahu kan saya memang ada perasaan terhadap awak. Hihi..awak dah curi hati saya! Mana boleh saya nak tolak kan. ” balas Aulia Imani ceria.

Muhammad Asfan tergelak kecil mendengar kata-kata Aulia Imani.

Akhirnya selepas mereka habis belajar, mereka pun mendirikan rumah tangga. Semoga berbahagia sehingga akhir hayat. 

tamat

jumlah ms/pth perkataan : 1624 pth prkataan 6 ms

Comments