jemput baca ya
Rindu yang tak terbalas
Hatiku diruntum pilu meskipun engkau tidak mengetahui apa yang dirasa olehku. Maaf jika ianya merungsingkanmu.. aku bersedia untuk tempuhi segala kemungkinan. Bukan maksudku mahu berputus asa menunggu tapi aku cuma mahu menggelakkan kita berbicara walau di alam maya ini… Aku tidak bisa untuk membaca fikiranmu jadi, aku hanya mampu berdiam diri tanpa berkata apa-apa. Sungguh! Aku sangat merindui mu. Kenapa agaknya, aku dan engkau tidak berhubung? Aku yang mahukan itu tetapi aku tak tahu apa yang engkau rasa. Biarlah, rasa rindu ini, ku pendam sebelum aku meluahkan ketika sesuai pada waktunya.. adakah engkau juga merasakan hal yang sama? Aku mahu, engkau jujur. Jujurlah terhadapku! Engkau mampu gembirakan hatiku, walau serangkap bicara bisu yang lahir dari hatimu. Mungkinkah, rasa rindu ini hanya aku yang rasa? Adakah engkau juga merindui daku ini? Jika tidak, kenapa agaknya? Ini hanya sekadar luahan… aku tak sanggup beri engkau baca, jadi.. biarlah umum yang menjadi, pembaca alam maya.
ikhlas ni ehe..
Comments