assalamualaikum... hyee cerpen ni dlunya dh siap tpi ade somethings tlh berlaku menyebabkan saya akan sambungnyaaa. semoga anda terhibur ^^
Rayyan cuba
menenangkan keadaan. Dia harus pujuk Lyssa percayakan dia semula! “Lyssa,
listen me! I love you so much. I not love her! I love Rika because she is my
cousin. Cousin only Lyssa! Please trust me! Trust me Lyssa!” ujar Rayyan
bersungguh-sungguh. Lyssa menangis teresak-esak.
“Rayyan. Saya
memang sangat-sangat mencintai awak tapi awak tahu tak? Hati saya ini sakit
sangat! Saya tak sanggup nak laluinya lagi untuk kali kedua dengan awak.
Biarlah saya relakan cinta hati saya ini untuk orang yang lebih berhak. Rika
kan ada untuk awak. Saya rasa dia lebih berhak dan sesuai untuk bersama dengan
awak Rayyan! Mulai hari ini, jangan ganggu saya lagi dan kita putus tunang!
Jangan cari saya lagi! Faham Rayyan!” ujar Lyssa panjang lebar. Selepas dia
mengucapkan kata-kata yang sebenarnya dia tidak maksudkannya itu, Lyssa terus
berlari naik ke atas. Dia mahu berehat di dalam biliknya. Kalau boleh tidak
mahu langsung di ganggu oleh sesiapapun!
Azam dan Zaim
saling berpandangan. Mereka bingung akan keputusan adik kesayangan mereka itu.
Encik rizriq
dan Puan Ubaidah hanya menggelengkan kepala. Mereka kaget! Mereka juga tidak
menyangka bahawa Rika mencintai Rayyan dan sanggup membuatkan hubungan Rayyan
dan Lyssa putus! Kalau bercinta masih boleh dimaafkan tetapi… mereka berdua
akan bernikah tidak lama lagi. Kad perkahwinan Rayyan dengan Lyssa sudah siap…
Bagus! Lyssa
sudah minta pertunangannya dengan Rayyan dibatalkan! Ini kesempatan aku untuk
mengahwini Rayyan. Aku akan pastikan Rayyan terima aku! Kau tunggulah! Lyysa,
kasihan engkau tetapi aku mahu berterima kasih juga dekat kau sebab bagi
kesempatan aku untuk bersama kekasih hati kau itu. Rayyan kalau engkau tidak
terima aku, aku akan paksa kau dengan cara aku! Desis hati Rika dengan sinis.
“Aunty…” panggil Rika. Puan Ubaidah
memandangnya sinis. Naik meluat Puan Ubaidah dengan keperibadian Rika! Rika
terkedu. Kurang ajar Lyssa! Gara-gara engkau mama Rayyan pun turut membenci
aku! Awas!
“Aunty, Rika tidak sengaja… maafkan Rika aunty. Kalau boleh, Rika sanggup
menggantikan tempat Lyssa.” Ucap Rika tanpa rasa serba salah. “Jom kita balik!
Rika kita perlu berbincang!” kata Puan Ubaidah agak lantang sambil menarik
lengan Rika keluar dengan agak kasar.
Encik Riqriz
sekeluarga meminta diri. Rayyan berubah air muka. Wajahnya kelihatan sangat
tegang.
Encik Said
hanya mengangguk. Puan Uzalizah sudah mengalirkan air mata. Zaim dan Azam pula
menuju ke bilik Lyssa untuk memujuk.
“Nanti kita
bincang ye Said.” Ucap Encik Riqriz. Encik Said menganggukkan kepala. Dia tidak
perlu terlalu emosi atas setiap perkara yang terjadi.
*****
Seminggu
sudah berlalu…..
Rayyan
kelihatan seperti tidak siuman kerana terpaksa mengahwini perempuan yang tidak
dicintainya itu.
“Rika! Aku
benci kau! Aku benci!” jerit Rayyan di ruang tamu. Rika menjeling ke arah
Rayyan.
Atas sebab
apalah Rayyan sangat-sangat mencintai Lyssa. Lyssa tu bukannya cantik sangat
pun! Ikutkan, aku yang lebih cantik dan bagus daripada Lyssa tu! tapi Rayyan tidak
pernah nak pandang aku! Berbagai-bagai cara aku buat untuk Rayyan jatuh hati
kepadanya tetapi tidak pernah berhasil. Penangan Lyssa masih menguasai diri
Rayyan! Tidak boleh jadi! Aku perlu juga guna cara kotor. Tunggu lah ye Rayyan.
Getus hati Rika.
“Rayyan, mari
makan nak. Pagi tadi Rayyan tidak menjamah langsung sarapan. Sudahlah malam
semalam Rayyan tidak makan. Nanti Rayyan sakit nak. Marilah makan sikit isi
perut tu.” pujuk Puan Ubaidah. Hati keibuannya luluh melihat Rayyan. Rasa serba
salah menyerbu dirinya.
“Tidak
mengapalah mama, Rayyan nak tunggu Lyssa dulu. Nanti kita makan sama-sama dengan
Lyssa.” Balas Rayyan perlahan dengan senyuman hambar.
Lyssa tidak
seperti Rayyan cuma yang berubah, Lyssa tidak seceria dahulu dan sentiasa mahu
bersendirian dan selalu termenung ke arah pagar rumah. Keadaan Lyssa sangat
membimbangkan keluarganya.
Lyssa duduk
bersendirian di halaman rumahnya. Memandang sekeliling seperti sedang menunggu
seseorang. Azam dan Zaim tidak tahu mahu buat apa. Apabila ditanya, jawapan
yang sama sahaja Lyssa menjawab. Selalu Lyssa menjawab dengan jawapan yang
sama.Iaitu, ‘Lyssa tengah tunggu orang ni. Kata nak datang tapi tak
muncul-muncul pun…’ itu sahaja ayat yang terpacul dari bibir Lyssa.
Tiba-tiba ada
sebuah teksi berhenti di depan rumah Lyssa. Lyssa bangun tetapi duduk semula
kerana orang yang ditunggu bukannya dia.
“Assalamualaikum…”
ucap jejaka itu. “Wa’alaikumussalam. Eh nak tunggu apalagi. Jemputlah masuk.ish
Lyssa ni. Dah tak reti ke nak pelawa orang masuk?” soal Encik Riqriz memancing
Lyssa.
Lyssa
memandangnya sekejap. Lalu dia pun bangkit mahu masuk kedalam rumah.
“Lyssa, duduk
sini sekejap. Papa nak kenalkan Lyssa dengan seseorang ni.” Ajak Encik Riqriz.
Azam dan Zaim menarik lengan Lyssa menuju ke ruang tamu.
Lyssa hanya
menurut.
“Lyssa
kenalkan, ni Ariq Raihan. Sepupu kamu.” Ujar Puan Uzalizah tersenyum. Lyssa
tiba-tiba memberi reaksi yang positif.
“Hai Ariq
Raihan. Sedapnya nama awak. Saya Lyssa. Nak panggil awak Ariq ke Raihan?” tanya
Lyssa tiba-tiba. Ariq Raihan tersenyum mendengar ucapan Lyssa itu. Manis
rupanya Lyssa jika dia senyum.
“Hai juga
Lyssa. Salam perkenalan ya. Terserah Lyssa lah nak panggil yang mana satu. Nama
panjang pun tak apa.” Balas Ariq Raihan mesra.
Mendengar
jawapan itu, Lyssa tersenyum kecil. Senyuman itulah yang hilang seri sejak
seminggu yang lalu. Encik Said, Puan Uzalizah, Azam dan Zaim agak kaget tetapi
cuba disembunyikan agar Lyssa mahupun Ariq Raihan tidak memandang mereka pelik.
“Ariq, mari
ikut aunti ke bilik Ariq.” Ajak Puan Uzalizah. Ariq Raihan hanya menurut.
“Terima kasih aunti. Susahkan aje.” Balas Ariq Raihan lembut.
“Tidaklah
Ariq. Kamu berehat dulu. Esok baru jalan-jalan dekat kl ni.” Kata Puan Uzalizah
mesra. “Saya tidak penat manalah aunti. Sekejap lagi saya mahu keluar sebentar.
Mahu ke tempat kerja saya itu aunti. Nanti mudah saya nak kesana.” Balas Ariq
Raihan seraya tersenyum.
“Oh yeke…
nanti aunti suruh Lyssa teman kamu ye.” Kata Puan Uzalizah. Setelah itu dia pun
berlalu pergi. Ariq Raihan hanya tersenyum.
Ada udang di
sebalik batu!
*****
“Lyssa,
terima kasih ye sebab sudi teman Ariq.” Ucap Ariq Raihan. Lyssa tersenyum
mendengar ucapan dari bibir Ariq Raihan.
“Lyssa nak
panggil awak Raihan tau. Lagipun Raihan tu nama kumpulan nasyid yang saya minat
sangat-sangat. Bolehkan?” tanya Lyssa mesra. Entah kenapa, apabila dengan Ariq
Raihan, Lyssa berasa gembira sahaja.
“Boleh tiada
masalah. Lyssa minat Raihan juga? Samalah kita.” Balas Ariq Raihan seraya
tersenyum manis.
Tiba-tiba…
“Lyssa…”
Lyssa dan
Ariq Raihan memandang kearah suara itu. Orangnya di hadapan mereka berdua.
Lyssa bangun,
“…Rayyan. Apa awak buat dekat sini? Bukankah awak sepatutnya bersama dengan
Rika?” kata Lyssa. Ariq Raihan hanya mendengar. Dia tidak mahu masuk campur.
“Lyssa. Saya
langsung tak dapat nak terima dialah!” ujar Rayyan tegas! Lyssa yang tidak
dapat menahan sedihnya cuba larikan diri dari situ tetapi lengannya sempat
dipegang kemas oleh Rayyan.
“Rayyan! Lepaskanlah!
Lengan I sakitlah!” kata Lyssa tegas. Dia memang tidak menyukai jika orang yang
bukan muhrim sewenang-wenangnya memegang dia walaupun berlapik! Itulah
pendiriannya!
“Saya takkan
lepas awak selagi awak tidak tarik semula kata-kata awak tempoh hari! Saya
tidak tahan Lyssa.” Ujar Rayyan tegas! Ariq Raihan yang tadinya hanya melihat,
bingkas bangun membantu Lyssa.
“Maaf. Saya
tidak mengenali awak. Tetapi tolong ikut kehendak Lyssa. Kalau mahu berbincang,
bincanglah baik-baik bukan dengan cara yang begini.” Nasihat Ariq Raihan pantas
melepaskan tangan Rayyan. Lyssa mengajak Ariq Raihan pergi dari situ. Ariq
Raihan hanya menurut.
Rayyan
terpanar… Lyssa. Benarkah awak sudah bahagia? Benarkah awak sudah lupakan saya
seratus peratus? Lyssa! Kenapa awak buat saya macam ini… rengus Rayyan lemah…
tanpa disedarinya, airmatanya perlahan-lahan menitis jatuh kebumi.
*****
Di ruang tamu
rumahnya Lyssa sunyi kerana… semua ahli keluarga Lyssa terdiam dek keputusan
Lyssa yang diambilnya secara terburu-buru.
“Ma, pa kena
segerakan perkahwinan Lyssa dengan Ariq Raihan. Lyssa sudah lupakan dia! Lyssa
sedang belajar mencintai Ariq Raihan mama, papa, abang Azam , abang Zaim.
Tolong restui kami.” Itulah ucapan Lyssa yang membuatkan semua orang dirumahnya
terdiam. Kaget!
“Adik, jangan
buat keputusan terburu-buru! Ini mesti ada sesuatu telah terjadikan? Adik ada
jumpa Rayyan ke?” tanya Zaim tegas.
Dari tadi
Ariq Raihan hanya mendiamkan diri. Dia juga tidak menyangka perkara ini akan
terjadi. Bukan Ariq Raihan tidak dapat menerima Lyssa tetapi dia tidak dapat
menerimanya jika Lyssa hanya mahu menjauhkan diri dengan lelaki itu. Rayyan.
Mana mungkin dia sanggup menghancurkan kebahagiaan orang lain yang sepatutnya
mereka kecapi tidak lama lagi. Andai bisa, dia sanggup sahaja mengundurkan diri
dari semua ini. Desis hati Ariq Raihan.
“Sudahlah
kalau macam ini. Lyssa nak jadi warganegara tetap Kanada mulai lusa! Lagipun
adik sudah mempunyai visa. Lebih bagus hidup di sana. Jauh dari sesiapun. Lyssa
mahu mulakan hidup yang baru!” kata Lyssa tegas. Pantas dia lari naik ke
biliknya.
“Ariq, apa
sudah terjadi tadi? Cuba cerita dekat kami? Tolonglah. Kami tidak mahu berpisah
lagi…” rayu Puan Uzalizah terhadap Ariq Raihan setelah Lyssa hilang dari
pandangan.
“Ya… memang
Lyssa tadi terjumpa dengan seorang lelaki. Mungkin lelaki itu ialah Rayyan.
Rayyan mahukan Lyssa menarik semula kata-katanya tempoh hari. Ada apa
sebenarnya aunti?” tanya Ariq Raihan. Dia pula yang ikut pening memikirkan hal
ini.
Setelah
mereka berbincang… mereka sudah putuskan… biarlah ikut keputusan Lyssa sendiri.
*****
Sehari
sebelum hari akad nikah
Rayyan sudah
membulatkan tekad! Bahawa dia mahu mulakan hidup baru di negara orang. Dia mahu
berlepas malam ini juga! Biarkanlah esok mahu terjadi apa. Terjadi ajelah.
Malas dia mahu berfikir lagi.
Setelah
selesai dia mengemas barang, pantas Rayyan menuju ke pintu biliknya. Mahu
keluar sekarang juga.
Eh. Kenapa pintu
ni tidak boleh buka? Dicubanya berkali-kali namun hampa. Diambilnya hp, dia terus membuat panggilan.
Panggilan
bersambung setelah beberapa ketika menunggu.
“Assalamualaikum
papa. Kenapa pintu bilik Rayyan terkunci dari luar?” tanya Rayyan terus tanpa
berlapik.
Encik Riqriz
disana sudah mengetahui sebenarnya. Bukan apa, mahu menghalang Rayyan dari
lari.
“Wa’alaikumussalam.
Mana papa tahu Rayyan. Kamu nak pergi mana malam-malam ni? Dah lewat dah.” Kata
Encik Riqriz serba salah.
“Ish.” Ucap
Rayyan pendek lantas terus mematikan panggilan. Dia hampa. Teganya papa dengan
mama buat aku macam ini. Seksa aku macam ini… luah Rayyan sendirian.
Tiba-tiba ada
panggilan masuk. Rayyan pantas menjawab.
“Hai sayang.
Awak tidak boleh keluar lari pergi ke mana-mana sebab pintu bilik sayang sudah
saya kunci dan kuncinya saya yang pegang. Sayang jangan lupa ya esok hari
perkahwinan kita. Tata.” Ucap Rika dengan manja.
“Kau ni
memang nak kena dengan aku kan Rika!” balas Rayyan. Talian terputus.
Kesabarannya
sudah mencapai had tertinggi. Dah tak boleh lagi nak bersabar! Hp Rayyan dicampak kedinding biliknya.
Habis berkecai jadinya.
*****
Pada pagi
hari akad nikah.
Rika asyik
memandu dengan keadaanya yang sedang mabuk. “Rayyan! Engkau akan jadi milik
akuuuuu.” Ucap Rika tercungap-cungap.
Tanpa
disedari Rika, keretanya hampir-hampir mahu melanggar sebuah lori balak.
Tiba-tiba…
Dum! Dum!
Dum! Dum!!!
Kereta Rika
hampir hancur dek dilanggar oleh dua buah lori dari arah yang bertentangan.
Rika
meninggal dunia ditempat kejadian. Berita itu sudah pun dimaklumkan. Ahli
keluarga Rika dan Rayyan sudah pun berada di hospital bagi menyelesaikan hal
ini.
Puan Ubaidah
serta Encik Riqriz tumpang sedih namun kerisauan mengenai akad nikah anak
mereka sebenarnya lebih utama. Mereka perlu meminta Lyssa agar memaafkan Rayyan
dan sanggup terima Rayyan kembali.
Keluarga
Lyssa juga dimaklumkan. Mereka hanya mampu berdoa untuk roh Rika.
*****
Akad nikah
Rayyan terpaksa diteruskan memandangkan semuanya sudah lengkap. Lyssa masih
berkira-kira untuk menerima Rayyan kembali atau tidak.
Ariq Raihan
redha jika itu ketentuannya. Jika benar Lyssa dan Rayyan masih ada jodoh,
bernikahlah mereka beberapa jam lagi. Jika tiada, Ariq Raihan lah yang menjadi
pendamping hidup Lyssa.
Ariq Rayyan
menemui Lyssa di halaman rumahnya. “Lyssa. Raihan Cuma mahu ucapkan… terima
sajalah semula Rayyan. Raihan tahu sebenarnya Lyssa masih cintakan Rayyan kan?
Tidak usahlah siksa jiwa awak lagi. Saya relakan. Jika Lyssa pasti dia adalah
jodoh awak, terimalah ya.” Kata-kata Ariq Raihan itu begitu menusuk kalbu
Lyssa. Sungguh tulus kata-kata Raihan.
“Terima kasih
Raihan atas ucapan awak yang penuh bermakna itu. Baiklah saya sudah membulatkan
keputusan saya. Semoga awak terima dengan hati yang terbuka. Dan… janganlah
putuskan silaturrahim kita sebagai sepupu. Raihan adalah sahabat dan sepupu
Lyssa yang terbaik. Lyssa hargai awak Ariq Raihan. Terima kasih sekali lagi.”
Lyssa akhirnya sudah tahu jawapannya. Iaitu… menerima kembali Rayyan didalam
kamus hidupnya.
*****
“Sayang
tengah buat apa tu?” tegur Rayyan lembut. Lyssa hanya tersenyum.
“Abang.
Terima kasih ye kerana tulus menyayangi sayang.” Balas Lyssa lembut dengan
manjanya.
“Abang pun…
sayang ketat-ketat.” Ucap Rayyan manja.
Akhirnya terowong yang berlubang
ditengah-tengah itu dikambus untuk dilalui oleh insan-insan. Selesai juga sudah
perjalanan hidupnya mencari cinta yang sejati. Terowong Cinta ku namakan Kisah
ku ini bersama si dia Rayyan. Lelaki yang teristimewa yang pernah wujud di
kamus hidupnya.
Tamat
Comments