Lyssa
kesunyian, dia perlukan teman. Bukan teman sekadar kawan. Tapi teman yang akan
bersamanya sehingga akhir hayat. Mustahilkah? Tidak! Em, Lyssa akan berusaha
mencari teman sejatinya itu. Dia sangat perlukannya. Saat itu, rasanya sudah
tiba??! Iyakah..?
Pada suatu
hari,
Di laman
sosial twitter, seorang jejaka mengetweetnya dengan sapaan menandakan dia mahu
berkenalan dengannya. Hati Lyssa terpaut. Untung duduk berdekatan. Mereka pun
berjumpa untuk berkenalan dengan lebih dekat.
“Hay, dah
lama tunggu?” suara lelaki itu mencecah gegendang telinga Lyssa. Pasti dia
sudah datang. Desis hatinya.
Lelaki itu
mengambil tempat bertentangan dengan Lyssa.
Lyssa
menghadiahkan senyuman yang manis. “Taklah lama manapun.” Jawab Lyssa
bersahaja.
Lelaki itu
tersenyum mendengar jawapan dari mulut Lyssa. “Kenalkan, Rayyan.” Kata lelaki
itu.
Ya, nama acc
twitternya tak tulis nama penuh. Tu yang dia kenalkan diri. Haha. Usernamenya
@raylay. Tak ke pelik tu? Aku? @88Lyss oklah lagi. Kot. Ha ha ha. Sama ajelah
kau dengan dia ni! Sepadan.
“Lyssa. Apa
khabar? Betul ke ni awak yang ‘raylay’ tu?” balas Lyssa mahu memastikan lelaki
dihadapannya ini betul-betul orang yang dia kenali. Takut jugak. Zaman sekarang
lah katakan kan? Maunya dia ni entah-entah perompak ke. Apa ke. Haish kau ni
Lyssa, kesitu pulak kau fikir. Memang sahlah otak kau dah senget! Marah Lyssa
pada diri sendiri di dalam hati.
“Khabar
baik.. ha ha. Iyalah. Saya lah ni yang raylay tu. Tak percaya ke? Atau awak pun
tipu cik lapan double Lyss oit?..?” ha ha ha. Rayyan sengaja nak cari fasal
dengan Lyssa. Apa salahnya kan? Gurau-gurau aje ni hah.
Lyssa
membuntangkan matanya. Ouh gurau eh. “Awat buat raylay? Rayyan nak jadi Lay
eh?” ha ha. Hambik tu. kau kenal ke tak Lay tu siapa? Lay exo tulah. Hu hu.
“Lay? Siapa
tu? awak minat korea eh? Ni mesti artis kpop kan?” duga Rayyan. Bukan dia tak
tahu Lyssa ni minat korea-kpop semua bagai ni.
Alamak. Macam
mana dia tahu. Artis kpop ni? Uhukkss. “A’ah. EXO tu hah. Yang sekarang makin
popular dengan lagu terbarunya Overdose. Gempak sangat-sangat lagu tu. memang
umph..! daebak lah!” penyakit Lyssa dah datang. Adoyai. Jumpa nak kenal-kenal
ke apa. ini jadi macam nak bercakar aje. Baru slow-slow dulu ha ha.
Hambik tu
Rayyan. Tulah melayan. Kan dah kena siap bagi sedikit mukadimah tentang EXO tu.
belum lagi dia cakap habis kan story tentang artis kpop pujaan hatinya itu. Hrm
nasib kaulah Rayyan. Kalau Lyssa ialah jodoh kau. Terpaksa sajalah, relakanlah
telinga kau mendengar setiap cerita pasal artis korea hari-hari dari mulut
Lyssa kau tu. ha ha. Tapi bila diperhatikan tadi dia cerita bukan main comel
lagi. Cutes giler.
“Iyalah Lyssa oi. Bila ni kita nak berkenalan? Cakap pasal
keluarga ke? Apa ke? Awak ingat saya ni artis korea tu ke hah? Yeah saya Lay.”
Tapi Rayyan layan jugak. Kah kah kah. Tak lawok tau.
Lyssa
menjeling Rayyan. Sakit hati. “Yeps. Ok. Awak ada berapa adik-beradik? Nama
seluruh keluarga awak tak termasuk saudara mara awak.” Lyssa mula normal semula.
Orait. Itulah benda yang kena buat pabila berjumpa dengan Rayyan. Iaitu ambil
tahu tentang ahli keluarga!
Rayyan
tersenyum sinis. Uwek. Menjengkelkan? Ada aku kesah. Ha ha ha.
“Saya ada lima
adik-beradik. Saya anak ketiga. Seorang kakak, seorang abang, dua orang adik.
Adik tu kembar pasangan. Nama mak saya, Puan Ubaidah. Ayah saya namanya Encik
Riqriz. Jadi nama saya Ahmad Nur Rayyan bin Riqriz. Puas hati? Awak pula?” agak
panjang lebar dia kenalkan keluarganya.
Oh… Lyssa
hanya mengangguk seraya tersenyum. “Saya ada tiga adik beradik. Abang kembar.
Umurnya dengan saya hanya beza jarak 2 tahun. Nama mak saya Puan Uzalizah. Ayah
saya pula, namanya Encik Said. Umur saya dua puluh lima tahun. Emm,, tu ajelah
kot..”
Abang, kembar
lagi. Dah memang jodoh ke ni? Adik aku kembar, dia abang kembar. Jika benar,
akan kupinang kau wahai Cik Lyssa.
“Jodoh ya kita ni rupanya. Jemputlah datang
kerumah berkenalan dengan bakal mak mertua awak.” Tenang sahaja Rayyan
bercakap. Hatinya pasti.
Terkedu Lyssa
dibuatnya? Apa? Betulkah ini. Ke engkau ni Cuma mimpi aje Lyssa. Tak!
Betullah…hatinya jadi tak keruan. Tak pernah dia rasakan perasaan yang
sebegini. “Kita bertukar nombor telefon dulu boleh? Saya pun tak kenal sangat
awak lagi. Apa kata kita slow-slow dulu?” kata Lyssa perlahan-lahan agar ayat
yang mahu diucapkan itu tidak mengguriskan hati Rayyan. Sebenarnya dialah
lelaki yang terbaik pernah dia kenali. Ergh dah angau dah. Desis hati Lyssa.
“Okey, nah no
tel saya. Save ye. 0111940088. Awak pula?” makin tenang Rayyan berkata-kata.
Tapi dalam hati ada seribu satu kerisauan. Oh. Betulkan jalan yang aku buat ni.
Serius ke ni?
“O..ke. dah
save. Ini nombor saya pula. 0131781158. By the way. Saya suka nombor tel awak.
Ada berkenaan dekat-dekat orang yang saya minat. He he.” Sengaja Lyssa perkataan
orang saya minat tu ditekankan lagi.
“What? Siapa
diorang tu. Lyssa awak tak boleh macam ni. Jika jodoh kita panjang pasti kita
akan bersama.” Rayyan membalas dengan nada yang keras.
Alamak.
Tersentap pula dia ni. Salah cakap sangat ke aku ni? Lyssa berkira-kira nak
bagitahu ke tak? Bagitahu ajelah. Karang dia merajuk tak berpenghunjung kang
baru tahu langit tu tinggi ke rendah. “Artis korea lah. Group EXO. 88 no rasmi
exo, 94 dan 00 tu.. no sehun dan kris yang saya minat dalam exo. Dalam exo ada
dua belas ahli iaitu suho, sehun, kai, d.o, baekhyun, chanyeol exo-k. kris,
luhan, tao, xiumin, lay, chen tu exo-m.” hambik tau. Makan tu makan Rayyan.
“Sorry… okey.
Baru saya tahu. Sorry again…” luah Rayyan perlahan. Menyesal pula tadi dia marah
Lyssa. Urm.
“Tak apa.”
Tiba-tiba Lyssa menangis.
Alamak, dah
kenapa pula dengan dia ni. Haish. Jiwa kacau-jiwa kacau. “Awak kenapa Lyssa.
Are you okey?” simpati Rayyan terhadap Lyssa terdetik.
“Kris yang
saya minat tu dah keluar dari exo. Hu hu hu.” Jujur Lyssa memberitahu. Sambil
serius campur dengan main-main. Hahaks.
“Oh. Dah lah.
Jomlah, saya hantar awak balik.” Rayyan mengeluh. Huh ingatkan apalah tadi. Dia
ni kan. Haish. Bahagia betul hidup ho ho ho.
“No, thanks.
Saya ada kereta sendirilah. Terima kasih. Awak boleh call saya time malam saja.
Sms bila-bila boleh. Ok bye. Assalamualaikum.” Pantas Lyssa mahu mengundurkan
diri. Nak balik. Penatlah. Baru abis balik kerja ni.
Okey…
Rayyan pun berlalu pergi dari restoran itu. Nak balik jugak. He he he.
Lyssa baring
di atas katilnya selepas mandi tadi. Huh. Segarnya lepas mandi segala
sengal-sengal dah hilang. Otaknya ligat teringatkan sesuatu. Hah! Rayyan! Jam
dikerling, pukul tujuh setengah malam baru. Nantilah pukul sembilan dia akan
call Rayyan. Entah kenapa hati ini bagai mahu lari pergi dekat dia. Rindunya.
Lyssa termenung sekejap.
Haish. Solat
maghrib dulu! Ini tak…
*****
Selepas usai
solat dan makan malam Lyssa pun masuk ke dalam kamarnya. Hah! Yes. Call dia!
Agak-agak
Lyssa tengah buat apa eak? Nak call dia ke tidak eh? Hrm… tak payahlah. Ganggu
aje. Entah-entah dia tengah makan malam. Hmm. Lalu handphone nya diletakkan
disebelahnya. Rayyan termenung. Hatinya resah, nak call ke tidak? Hmm keliru.
Lyssa pun
letak semula hendset nya dekat atas meja kecil disebelah katil tidurnya. Hrm.
Dia mengeluh.
Lama-kelamaan
Rayyan dan Lyssa masing-masing tertidur sampai ke esok pagi.
*****
Hp Lyssa
berdering saat dia sedang bermesyuarat. Pagi itu dia geram. Tak call Rayyan.
Entah kenapa dan sejak bila dia tak berani nak call orang. Dia meminta diri
keluar sebentar.
Skrin hpnya
dipandang, Rayyan! Akhirnya. Hu hu hu.
Pantas butang
hijau ditekan. Touch skrin. Guna jarilah kan? Tak ke?
“Hello” Lyssa menyapa dahulu sebelum pemanggil
sempat bercakap.
“Hello Lyssa, sorry semalam saya tak call
awak. Saya buzy.” Rayyan membalas separuh tipu. Sorry ye Lyssa. Kata Rayyan di
dalam hati.
“Okey tak apa. Lunch? Sama-sama nak?”
“Boleh. Share lokasi.”
“Sms. Saya tengah meeting lah.”
“Oh, really? Sorry ganggu. Bye.”
“Okey, bye.”
Talian
dimatikan. Rindu yang makin memucak terhadap Lyssa sudah diganti dengan
perasaan yang tersangatlah gembira ini. Rayyan tersenyum.
Senyum sampai
ketelinga. Lyssa cuba mengawal sebaik mungkin perasaan gembiranya ini. Meeting
dulu.
I
miss you Rayyan
Sejak itu,
hubungan Rayyan dan Lyssa semakin rapat. Pejam celik pejam celik. Dah nak masuk
enam bulan sudah berkenalan dan sudah tiga bulan bertunang. Lagi empat bulan
lagi mereka akan berkahwin.
Namun, suatu
kejadian sedang menimpa mereka berdua. Seminggu yang lalu…
“Rayyan, saya
tiga hari aje pergi Kanada ni. Awak jaga diri tau. Semasa saya tak ada ni
tolong jaga sekali my family? Okey?” kata Lyssa kepada Rayyan. Dia mahu
berangkat ke Kanada atas urusan kerja. Walaupun risau tapi pergi juga.
“Ye Lyssa.
Jangan risau sangatlah! awak yang perlu jaga diri dekat sana.” Rayyan membalas
kata Lyssa itu.
Tiga hari
Lyssa tiada disisi. Rayyan menghabiskan masanya dengan sepupu perempuanya, Rika.
Hati Lyssa
tidak sedap. Macam ada yang tak kenalah! Lyssa pulang awal sehari kerana
kerjanya tiada masalah yang serius. Hatinya bagai diremuk hancur melebur.
Sanggup Rayyan menduakan dirinya? Dan perempuan tu! bukannya tutup aurat pun.
Walaupun tak seksi tapi. Tapi.. ergh tak boleh jadi. Lyssa balik semula ke
airport terus naik fly ke London.
Di dalam
kapal terbang, air matanya menderas laju meleleh. Dia mencari cinta yang
sejati. Terowong yang yang dilalui selama ini bagaikan sia-sia. Seperti ada
lubang ditengah jalan terowong itu. Hatinya dirobek kuat. Tak pernah dia
rasakan perasaan yang sebegini. Hatinya sudah begitu sakit mengenangkan adegan
yang tidak patut dia tonton sebentar tadi. Patutlah apabila Lyssa jauh nun di
Kanada jarang call dan mesej ringkas rupa-rupanya ada orang lain berada di
sisi! Kurang asam terlebih garam Rayyan! Walaupun kau melutut dekat aku pun aku
takkan maafkan kau! Itupun kalau sebab tak munasabahlah… tak sanggup sebenarnya
Lyssa nak tinggalkan Rayyan.
Rayyan. Ya
dialah orang yang pertama yang berjaya mencuri hatinya di pertama pertemuan.
Lyssa berharap Rayyan adalah orang yang tepat untuk dia mencintai seseorang itu
untuk kali yang pertama dan juga terakhir.. tapi malangnya tidak menyebelahinya
mungkin..?
Risau dia
akan keadaan Lyssa. Mahu pengsan sahaja bila mendengar abang kembar Lyssa
memberitakan berita mengenai Lyssa. Lyssa adalah satu-satunya anak perempuan
yang dia ada. Kenapa Lyssa buat mama macam ni nak. Rintih Puan Uzalizah
terkenangkan anak perempuannya itu.
“Sabar ajelah
Uza. Lyssa tu mesti ada sebab kenapa dia buat macam ni! Nanti saya suruh Zaim
atau Azam contact si Lyssa tu. kan dia rapat dengan abang kembarnya.” Kata
Encik Said memujuk isterinya itu. Parah betullah. Haish anak aku ni pun
satulah. Balik lah dulu bagitahu apahal yang dah terjadi tapi ini tidak, terus
nun jauh lari pergi. Humph. Encik Said melepaskan keluhnya.
Berita Lyssa
tidak balik tetapi pergi ketempat lain itu masih belum diberitahu dekat pihak
lelaki. Kasihan juga dekat Puan Ubaidah. Macam Lyssa tu dah berkahwin dengan
Rayyan. Macam belangkas! Hari-hari Puan Ubaidah mengajak Lyssa datang kerumah
walaupun tahu yang Rayyan dan Lyssa masih belum ada ikatan yang sah yang
membolehkan Lyssa duduk dirumahnya secara rasmi untuk selama-lamanya.
“Zaim, kau
ajelah call Puan Ubaidah. Atau tak ayah Rayyan, Riqriz tu. kau kan abang
pertama? Dan rapat dengan budak Lyssa tu.” Azam menyuruh Zaim menelefon
keluarga Rayyan. Hatinya kerisauan akan keselamatan adiknya itu.. haish Lyssa
Lyssa. Janganlah susahkan orang dengan perkara yang remeh-remeh macam ni. Tapi
kau jugaklah adik kesayangan abang Lyssa. Bisik hati Azam.
“Asyik-asyik
aku. Hish kau ni Azam. Kau buat apa? Goyang kaki aje? Tak call diorang kau
pergi contact Lyssa. Tanya khabar. Berapa lama nak dekat Kota London tu. nanti
kalau kita tak pujuk dia tak pasal-pasal dia pi pulak Jerman. Mampuih kita nak
pujuk budak tu. hang pi call sekarang.” Zaim membalas kata-kata adik kembarnya
Azam.
Azam hanya
menganggukan kepalanya. Okey… lalu dia pun pi masuk bilik untuk privacy. “Aku
naik atas dulu lah ya. Hang pandai-pandailah cakap dengan mak bapak bakal
mertua Lyssa tu ye. Bye~” ujarnya sebelum menapak pergi dari ruang dapur.
“Hang ni lah.
Aku tahulah apa aku nak buat. Dah kenapa keluar longhat tu. dah pi jauh-jauh.”
Zaim membalas kata-kata Azam. Ada aje nak gaduh.
“Orait
sayangku Zaim. Muahahaha.” Usik Azam sengaja mahu menyakat Azim. Hehe.
“Banyaklah kau punya sayang. Girlfriend kau tu nak letak mana? Jangan main-main
nak lukakan anak orang ya na.” padan muka Azam. Makan saman tu hah.
“Haish kamu
berdua ni. Boleh ke pulak bergurau senda time genting macam ni?” tiba-tiba ada
seseorang menegur.
Masing-masing
memandang kearah suara itu. Ouh.
Mak Cik Ana.
Pembantu rumah ini yang ditugaskan memasak dan mengemas rumah.
Azam dan Zaim
sama-sama garu kepala yang tidak gatal itu.
Terus laju
Azam pergi ke atas. Mau ke bilik ma.
Nombor hp
adiknya Lyssa didail. Menunggu panggilan bersambut.
Alhamdulillah.
Bersambung pun. Mudahlah kerja.
“Assalamualaikum
adikku Lyssa. Hang bila nak balik ni? Kesian dekat mak dengan ayah dik. Abang
Zaim pun dah naik pening nak cakap macam mana dekat pihak lelaki kau tu dik.”
Terus laju Azam bercakap. Strait to the point tanpa nafas. Cieh menahan nafas!
Haish abang
yang seorang ni pun lah. Tak beri kesempatan langsung orang sini nak jawab
salam tu dulu. Ini tidak tanpa mukadimah terus laju berjalan.
“Wa’alaikumussalam abang Azam…” dia terdiam seketika. Lalu dia menyambung
kembali.
“Lyssa dekat
sini tiga hari ajelah. Nanti esok lusa adik pi balik Malaysia. Jangan dok risau
sangat ya abang. Biar ajelah abang Zaim tu. pandai-pandailah nak cakap macam
mana kalau diorang tanya.”
“Hang ni lah.
Apahal pi London tu. Lebih baik hang balik kerumah bincang elok-elok ini tidak.
Nampak sangat Lyssa ni tak matang.” Adiknya Lyssa harus bertegas sedikit.
“Ish abang
Azam ni nak marah-marah sangat kenapa? Alah Lyssa taulah apa nak buat. Biarlah
adik nak pulihkan hati adik ni dengan RAIHAN esok.”
“Emm baguslah
adik dah cakap macam tu. adik pi konsert RAIHAN dekat sana eh? Bestnya tak ajak
abang pun kan? Nak dia sorang aje.”
“Ha ha ha.
Boleh saja abang Azam nak pi. Meh lah terbang ke London malam ni. Esok jumpa.
Tiket adik boleh belikan sekali? Nak kah?” Lyssa mengoffer abangnya tiket
konsert RAIHAN. Insya-allah akan beli tiket yang first class punya heh.
“Betul ke ni?
Kalau macam tu siapkan tiket tu abang dengan Lyssa. Bagitau dekat mana Lyssa
duduk. Abang gerak malam ni jugak.” Azam serius.
Alamak abang
aku ni serius lah pula tiba-tiba. Hmm tak apalah. “Okey nanti adik mesej.
Okeylah bye assalamualaikum kirim salam dekat mak ayah and special salam to my
oppa Zaim eah?” ujar Lyssa seraya terus mematikan panggilan.
Adik ni
memanglah! Sesukahati nak matikan handphone. Siapa yang call siapa ni? Hrmm
apa-apa ajelah asalkan RAIHAN dapat tonton. Wuhuhuhu~ gerenti Zaim cemburu
punya heh.
*****
“Macam mana
best duk London ni sekejap. Nasib baiklah ada abang tau!” ucap Azam khas untuk
adiknya Lyssa.
“Whatever~”
mudah sahaja Lyssa membalas. Bukan apa malas nak layanlah!
Azam
menggelengkan kepalanya. Lyssa Lyssa. “Jomlah kita balik dah sampai KL dah pun
ni.” Ajak Azam.
“Okey. Let’s go!”
Sesampai
sahaja mereka sampai dirumah, terlihat keluarga Rayyan sedang berkumpul. Azam
memandang sekilas Lyssa disebelahnya. “Adik bincang elok-elok tau dengan Rayyan
tu. Adik perempuan. Abang tak nak adik terluka lagi. Tau.” Pesan Azam.
Sesudah
menyalami orang yang ada, dia pantas menghenyakkan punggungnya bersebelahan
dengan abangnya, Zaim.
“Kami nak
kamu berdua berbincang secara baik.” Kata Encik Riqriz tiba-tiba.
“Kenapa awak
lari Lyssa sebelum menunggu penjelasan dari saya?” kata Rayyan memulakan
perbualan.
“Maaf, masa
tu saya agak emosi jadi saya fly ke
London untuk menenangkan fikiran. Alhamdulillah dengan kehadiran kumpulan
nasyid Malaysia yang terkenal Raihan sedang melangsungkan konsert jelajahnya
disitu. Jadi saya pergi ke konsert itu. Semasa di Kanada tak sempat. Dipersilakan..
bagitahu perkara yang sebenar.” Dengan penuh tenang dia bercakap.
Terkedu
sebentar Rayyan. Tapi dia juga tetap harus lagak tenang setenang pantai tiada
bergolak gelora di laut.
“Rika. She’s
is my cousin for your information. Saya cuma teman dia setelah dia baru pulang
dari Istanbul dimana tempat dia belajar selama empat tahun tidak pulang ke
Malaysia. Saya tak tahu pun hari tu awak balik. Maafkan saya. Marilah kita
meneruskan perjalanan kita yang terputus sekejap ditengah jalan.” Kata Rayyan
ikhlas.
Lyssa terkejut. dia terpanar ~
Tiba-tiba ada
seseorang bersuara lantang. “No! I’m Rika. But I love him Lyssa.” Semua yang
ada di ruang tamu tertumpu terhadapnya. Terkejut Rayyan apatah lagi Lyssa.
Tanpa disangka air mata Lyssa mengalir perlahan.
Rayyan cuba
menenangkan keadaan. Dia harus pujuk Lyssa percayakan dia semula! “Lyssa,
listen me! I love you so much. I not love her! I love Rika because she is my
cousin. Cousin only Lyssa! Please trust me! Trust me Lyssa!” ujar Rayyan
bersungguh-sungguh. Lyssa menangis teresak-esak.
bersambung........
Comments