Cerpen kedua saya ~ Cinta! Jangan Tinggalkan...

assalamualaikum, dah lama tak kongsi apa-apa kan? nah saya nak kongsi hasil karya saya. cerpen kedua saya ini sudah pun berada di portal idea melayu kreatif. tapi saya pun share jugak dekat blog sini! smoga semua terhibur. 

saya boleh bagi linknya juga. kliksinicerpendiportalideamleayukreatif


Percintaan yang dirancang oleh sendiri ada kalanya mengembirakan. Percintaan yang dirancang oleh keluarga ada kalanya menyedihkan. Hakikatnya, jodoh yang ditentukanlah yang sebaik-baik percintaan iaitu pertemuan,perkenalan, dan perkahwinan. Tidak semua percintaan rancangan sendiri jodoh yang benar, tidak juga semua percintaan rancangan keluarga juga benar. Jadi, sebaik-baiknya buatlah solat istikarah untuk menentukannya. Janganlah mudah berputus asa pabila kehilangan cinta. Pahit dan manis itu lumrah terjadi di dalam kehidupan kita right?

 “Nak, bangunlah. Harini tak ada kelas ke?” tanya Puan Maria terhadap anak perempuannya Arissa kesayangannya itu yang masih berbaring di atas katil. Arisa menenyeh matanya. Erghhh…

 “Ye mak Arisa hari ini ada kelas. Sekarang dah jam berapa?” Arisa lantas bangkit.

 “Jam 8 pagi lah sayang. Kelas pukul berapa ni hari ini?” tanya Puan Maria lagi.

 “Kelas ada pukul 10 hingga 12. Sambung ada lagi pukul 3 petang mak.” Arisa memberitahu. Dia lantas bangun menyambar tuala di birai katil menuju ke bilik air.

 “Dah siap turun sarapan ye nak.” Pesan Puan Maria. “Ye mak.” Jawab Arisa pendek.

 Puan Maria menggelengkan kepalanya. Pening nak fikirkan Arisa. Umur nak masuk dua puluh tiga tahun tapi perangai… nasib baik menghormati dan tak buat perkara-perkara yang tak elok. Macam-macam dah terjadi luar sana tu.

 Arisa duduk memandang di hadapan cermin. Meja solek yang terletak di sebelah berhampiran dengan katilnya. Arissa menempek bedak di wajahnya. Dia tersenyum sendirian.

“Mak masak apa untuk sarapan? Bau macam sedap saja.” Ucap Arisa seraya menarik kerusi untuk bersedia bersarapan.

 “Nasi Lemak Ayam kesukaan kamu tu. Bukalah saji tu.”
 Emmm aromanya menusuk-nusuk di hujung hidungnya. Makin tak sabar Arisa nak makan. Not lahap lah…haha.

 Puan Maria duduk bertentangan dengan Arisa. Ayahnya Ahmed di tengah-tengah meja.
 Selepas usai bersarapan, Arisa laju menaiki tangga menuju kebiliknya. Sekarang jam hampir jam 9 pagi.Arisa mahu bersiap-siap ke kampus. Huh…

 Sekali lagi dia duduk di hadapan cermin meja soleknya. Dia meneliti wajahnya yang cerah, bersih itu. Arisa tersenyum lagi.

Dia mula melilit selendang untuk menutup rambutnya hingga ke bawah dada. Kini ianya tertutup selindung di bawah kain selendangnya.

 Dah jam 9:13 pagi. Arisa lantas menuju ke bawah – ruang tamu. 

 “Mak. Arisa gerak dulu ye ke kampus. Ayah dah pergi kerja?” soal Arisa sambil memandang ibunya.

 “Dah, hati-hati bawa kereta tu. Belajar rajin-rajin ye.” Puan Maria membalas.

 “Iya mak. Don’t worry be happy lah mak.” Usik Arisa.

 “Sebelum kamu pergi ni mak nak tanya, solat subuh tak pagi tadi?” tanya Puan Maria tegas tetapi dalam lembut.

 Arisa dah terkocoh-kocoh nak bertolak sebab tak nak lambat ke kampus. Dia menyalami tangan ibunya sebelum jawab.

 “Dah mak.”

 Pendek saja jawapan Arisa. Lalu dia pun bertolak ke kampus dengan keretanya myvi hitam.

Huh dah jam 9:50 pagi. Nasib baiklah sempat! Kalau tak nahas lah kena dengan pensyarahnya nanti. Tak fasal-fasal kena buat kerja terlebih nanti. Karang tak sudah tak tidur malam huhuhu…
 Kaki Arisa melangkah menuju masuk ke dalam kelas. Tiba-tiba…

 “hay Arisa.” ada suara yang menegur dari arah belakangnya.

 Aduhai siapa lah pulak menegur ni. Kacau daun betul lah aku nak jalan. Lalu kaki Arissa tetap berhenti sekejap. Dia berpaling ke belakangnya.

 Terpacak seorang lelaki entah siapa dia tak kenal tak ambil pusing.

 “Hai Arisa” ucap lelaki itu lagi menyapa di cuping telinga Arisa. Lelaki dihadapannya kini dipandang. Dari atas ke bawah. Perghhh kena penangan dia ke apa?

 “Hay too man. Sorry I have to go now. Saya takut lambat ke kelas ni.” Laju saja Arisa bercakap. Jam ditangan dikerling sekejap. Dah masuk jam 9:56 pagi. Nampaknya lagi empat minit dari sekarang saja yang tinggal.

 “Wait! Jom pergi sama-sama? Kos awak apa?” ujar lelaki itu lagi. Kacau-kacau.

 “Kos saya bisnes kenapa? Sama-sama? Ouch sorry saya tak kenal awaklah.” Balas Arissa lalu kakinya terus melangkah pergi.

 Lelaki itu hanya tersenyum, sama kelaslah. Takkan dia tak kenal aku kut? Takkan tak perasan? Serius pelik lah dia ni. But she’s cute. Bisik hati lelaki yang tak dikenali Arisa tu.

 Arisa sudah duduk bersedia untuk mula belajar harini. Pensyarahnya belum datang lagi walaupun dah jam 10:03 pagi. Ishhh mana lah pulak pensyarahnya ni??? Serius tak datang lagi? Semua bising, ada yang main handphone lah, ada jugak yang berdating, tak juga ada jugak yang study. Yang study tu aku cakap ‘daebak!’ lah!!! Aku pun tak macam tu. Terbaikkk… tabik aku. Ehhh..

 Macam kenal je sorang mamat ni? Kejap-kejap bukan ke dia yang tegur aku tadi? Hah?! Serius ke my classmate dekat kampus ni? Hati Arisa dah berteka teki.

 “Pensyarah Razak tak dapat hadir sekarang, kelas akan digantikan pada jam 11:30 pagi ini. Sekian.” Suara itu bergema di dalam kelas. Really? Seriously? Ahhh sudahlah.

 Semua pelajar bersorak lalu meninggalkan kelas. Arisa terpinga-pinga sendirian. Macam budak-budak lah diorang tu semua.

 “Hai Arissa. Boleh berkenalan? I’m Zaki. I know you… Arisa right?” ucapnya. Ouh baru Arisa tau nama lelaki asing yang sesat mana entah tu namanya Zaki rupanya. Haduih!

 “Hai. Nice to meet you Zaki.” Pendek Arisa balas. Ermmm terpaksa tau!

 “Jom ke café? Awak sorang je ke…?” Zaki mengajak.

 “A’ah sorang. Kawan ada tapi kos lain. Errr okeylah… Jom?” jawab Arisa.

 “Hrmm good! Thanks ya~”

 “Welcome.”


Zaki duduk bertentangan dengan Arisa.

 “Arisa nak minum makan?” tanya Zaki.

 “Sarapan dah. Nak minum je lah. Nak air ice lemon tea.” Jujur Arisa memberitahu.

 “Okey. Saya pergi beli sekejap ye. Tunggu tau.” Ujar Zaki seraya berdiri.

 “Okey…” jawab Arisa perlahan-lahan walaupun bayang Zaki dah berada di kaunter memesan makanan. Huh!

Awat Arisa termenung?” suara Zaki menerpa di telinga. Ada ke aku termenung? Serius ke? Aduih!

 “Hah?” Arisa pura-pura tak dengar… “I’m okey now. My water?” Arissa balas lambat-lambat.

 “Tu… ada je dekat depan mata awak tu. Memang sahlah awak ni.” Zaki bercakap dengan nada pura-pura serius.

 Kecut perut aku dibuatnya haish! Dia ni kan… memanglahhh. Baru first time meet macam dah kenal lama. Gila!

 Arisa menghirup airnya. Emmm sedapnya. Tekak dah basah. Lega lah!

 “Arisa, awak ada teman istimewa?” tanya Zaki tiba-tiba. Hampir tersedak dibuatnya… apa kah…? Ini punya soalan?

 “Tak adalah setakat ni.” Jawab Arisa jujur. Dia ni nak jadi ke? Haha karut lah Arisa. Mana orang nakkan kan kau yang macam ni? Cermin diri dulu!

 “Oh. Really? Sudi tak awak jadi teman tapi mesra saya?” Zaki berkata-kata. Cehhh.

 “Errr Zaki awak ni demam ke sihat ke tak ni?  Kenal pun tak nak jadi kawan rapat? Serius?”

 “YES, I’m seriouslah Arisa. Siapa cakap? Saya kenal awak. Awak je yang tak kenal saya.”

 “Macam mana dan bila ni?”

 “Sama sekolah lah dulu. Saya selalu perhatikan awak. Awak tak ingat saya ke? Biar betullah Arisa ni? I classmate you. You know?” laju saja ayat tu keluar akhirnya. Lega Zaki.

 “Oh really? I’m sorry. Tak ingat kut. Atau tak perasan.” Balas Arisa jujur.

 “Boleh tak ni?”

 “Boleh apa Zaki?”

 “Boleh jadi my special friends???

 Sure?

Yes I’m really really sure.

 Oh tidakkk apa aku nak jawab? Nak terima ke tak eh? Bisik hati Arisa.

 “Tomorrow can?”

 “Can. I wait okey. I’m really really serious ni…” suara Zaki yang penuh berharap.
 “Thanks”

 “It’s okey… Arisa.”

 Esoknya dah menjelma. Pagi ni jam 9 pagi ada kelas.

 “Assalamualaikum Arisa. Macam mana? Setuju?” tanya Zaki di dalam kelas. Sekilas Arisa memandang Zaki sekejap.
 Penat memikir dah.

 “Okey I will

  Zaki tersenyum. Sesaat dia pulak membalas. “Thanks Arisa.

  Sejak hari itu Arisa berasa gembira dan sudah hadir rasa cintanya terhadap Zaki. Bagi Arisa, hidupnya bagai warna warni sentiasa. Zaki pula jika mahu keluar jalan-jalan tidak ketinggalan membawa sekali adik perempuannya yang hanya beza tiga tahun daripadanya iaitu 20 tahun.

 “Arisa makanlah dah sejuk tu nanti tak sedap.” Suara Zaki kembali menerjah membuang segala lamunannya. Adik Zaki Tika tersenyum-senyum memandang Arisa.
 Uhhh bahagianya. Bahagia! Bahagia sangat.

 Tup tap tup tap dah hampir dua tahun sudah Zaki dan Arisa ‘bercinta’.  Tika adik kepada Zaki pula sudah pun bertunang walaupun baru 20tahun. Mudanya…

 Arisa yang sudah 25tahun ni tak ke sudah tak kahwin-kahwin lagi.

 Pada suatu hari… Zaki ingin menemui Arisa secara bersendirian. Pelik juga Arisa. Semacam saja suara Zaki tadi? Pelik? Ada apa-apa ke yang dah berlaku tanpa aku tahu? Seriously?

 Lelaki di hadapanya sedang menghirup minuman yang dipesannya. Arisa juga. Serius dan tanpa sebarang kata pun yang memenuhi ruang diantara mereka berdua. Arisa diam saja menunggu Zaki bercakap apa yang diinginkan.

 “Arisa, saya harap apa yang saya nak sampaikan ni awak jangan terkejut dan sedih ye…” Zaki memulakan bicaranya.

 Butir-butir yang terkeluar dari mulut Zaki dicerna oleh otak Arisa perlahan-lahan untuk memahami apa yang ingin disampaikan oleh Zaki terhadapnya. Seram sejuk rasanya!

 “Ye… teruskanlah.” Arisa memberi laluan kepada Zaki untuk menyambung kata-kata yang terputus tadi. Uhuh!

 “Sebenarnya selepas habis belajar dekat kampus ni saya dipaksa oleh ibu bapa saya. Mereka ingin menghantar saya menyambung degree di Paris. Sebelum saya terbang ke Paris ibu bapa saya dah aturkan saya dengan wanita pilihan mereka. Jadi terpaksalah saya berkahwin dengannya. Saya betul-betul tak nak kecewakan awak tapi ini saja yang saya mampu buat. Maafkan saya Arisa. Moga suatu hari nanti awak akan dipertemukan dengan lelaki yang lebih layak untuk awak. Dan harap awak menerima dengan hati yang terbuka. Ambillah hadiah ini. Simpanlah ya sehingga awak berkahwin. Buanglah.” Panjang lebar Zaki berucap. Zaki kecewa. Terpaksa. Lalu terus meninggalkan Arisa yang terpinga-pinga. Dia tak mampu mahu duduk disitu lama-lama takutnya hati dia sendiri tak sanggup.

 “Benarkah Zaki? Baiklah jika itu yang diinginkan saya terima dengan berlapang dada. Saya takkan bersedih lama-lama… dan terima kasih atas hadiahnya.” Perlahan-lahan Arisa bersuara perlahan walaupun Zaki sudah hilang dari pandangan matanya. Rasa sedih cepat-cepat dibuang.

 Nak tak nak Arisa harus memulakan hidup baru tanpa Zaki. Kini sudah hampir menjelang setahun Zaki pergi meninggalkannya dirinya. Arisa kini juga sudah bersuami. Arisa ikhlas akan kepergian Zaki. Mungkin Zaki sekarang sudah hidup bahagia. 

trima kasih diatas kesudian saudara dan saudari membaca karya saya yang tak seberapa ini 

Comments