Keliru dalam memilih cinta? Selalu ada dalam kamus hidupnya! Dia tidak dapat menilai hati budi seseorang. Itu yang buatkan dia fed up kekadang. Erghhh!!! Akisa seorang yang membutuhkan cinta yang ikhlas! Bukan cinta segi tiga yang selalu curang sini curang sana buat sakit hati saja! Huh! Dapat ke eh? Akisa bertemu jodohnya dengan orang yang seperti diharapkan?
“Alamak aku dah lambat siap ni! Kelas start dalam setengah jam saja lagi.” Marah Akisa kerana terlewat untuk bangun pada hari ini. Dia harini ada kelas pagi jam 8:30 pagi.
“Aduh kenapa hari ini semua aku buat tak kenalah! Haish!” marahnya lagi pada diri sendiri.
Kasut salah pakai sebab tak sesuai dengan pakaian beg salah bawa pening!
Pon pon!!! Sebuah kereta sport merah sudah menunggu di hadapan rumahnya. Alamak! My friends aku haikal dah sampai. Buat malu jelah kau ni akisa!
Haikal sudah terpacak di luar kereta menunggu kedatangan Akisa. Haikal membukakan pintu kereta sebelah pemandu untuk Akisa masuk.
“Assalamualaikum Akisa, kenapa awak nampak terburu-buru ni?” tanya haikal pelik.
“Waalaikumussalam Haikal, hehe takde apa-apalah. Jomlah kita gerak sekarang nanti lambat pulak ye.” Akisa malu sebab dia terbangun lewat! Erghhh…
Di dalam kereta… akisa hanya mendiamkan diri dan ditemani lagu-lagu di radio kereta milik "boyfriend" nya itu.
“Kenapa senyap je ni Akisa? Awk tak sihatkah?” tanya Haikal mengambil berat.
Huh cair aku macam ni kalau lama-lama dengan Haikal! Eh Akisa sepatutnya kau tu bersyukur dapat lelaki macam Haikal tu! Dah sesuai sangat dah buat suami. Cehhh ada hati nak kawin sekarang ya Akisa… getus hati Akisa
“Hehe, mana adalah awak. Saya sihat je ni.” Balasnya lembut seraya tersenyum.
Akisa termenung lagi.
“Akisa kita dah sampai jomlah kita pergi ke kelas sekarang.” Ajak Haikal lembut.
Aku sayangkan Akisa. Selepas habis je belajar aku nak terus pinang si dia dan aku takkan sekali-sekali pun ambil kesempatan terhadapnya. Bisik hati Haikal.
“Ouh dah sampai ea? Oklah jom.” Akisa menjawab lembut.
Alahai dia ni. Baik sungguh lah dia ni! Bisik hati Akisa.
Ramai yang memerhati kami. Rimas pun ada. Aku tahulah kawan aku ni handsome, smart dan anak orang kaya. Semua nakkan dia! Nasiblah aku macam ni. Tapi bertuah tau dapat Haikal ni!
Di dalam kelas lagilah!
“Bagus semua hadir, saya ingin memberikan kerja. Setiap pelajar kena siapkan satu resume mengenai perniagaan apa yang kamu semua mahukan suatu hari nanti. So, semua kena buat research lah ye.” Pensyarah itu memberikan kerja.
Kebanyakkannya semua malas nak buat. Aku pun peliklah?
“Akisa awak nak buka cawangan apa suatu hari nanti?” tanya Haikal. Lalu Akisa pun menjawab
“Saya teringin nak buka cawangan perniagaan sendiri. Butik pakaian muslimah Akisa. Jenama sendiri dinamakan Akisa.”
Wow! Bagus jugak ni. Aku apa ya? Kawan aku ni memang terbaikkk lah!!! Bisik hati Haikal.
Selepas tamat kelas hari ini Akisa dan Haikal pun menuju ke café untuk minum-minum.
“Haikal saya nak pergi ke tandas sekejap ye. Awak pesan apa-apalah dulu ye.” Pamit Akisa.
Haikal menghantar Akisa dengan lirikan matanya.
“Hai sayang. Saya rindu awaklah.”
Haikal berpaling. Erghhh menyampahnya aku dengan orang yang macam ni! Gedik tak tutup aurat pulak tu!
Perempuan itu pun lantas duduk bersebelahan dengan Haikal.
“Kina kenapa dengan kau ni? Aku tak sukalah kau ada dekat sini! Pergi kau dari sini sebelum aku guna cara kasar!” marah Haikal yang sememangnya tidak menyukai orang yang macam tu.
Kina seraya memegang lengan Haikal. Haikal cuba menepis tapi…
Panas hati Akisa melihat Haikal bermesraan dengan Kina! Ishhh! Menyampah nyaaa…
“Kina! Kenapa kau suka-suka hati je nak pegang kawan aku? Kau tu sape hah?!” sergah Akisa.
Haikal terkejut! Kina hanya senyum-senyum gedik kerana idea untuk buatkan Akisa dan Haikal gaduh end… clash! Wow! Walaupun aku tahu Haikal dan Akisa tak ada apa-apa tapi diorang tu macam dah plan.
“Eh Akisa sejak bila awak ada dekat sini ni?” tanya Haikal seraya bangun dari tempat duduknya.
“Apa awak buat ni Haikal? Saya percayakan awak tau selama ni. Kita dah rapat hampir tiga tahun awak tahu kan? Sejak umur kita 16 tahun lagi…” marah Akisa lalu…
Pang pang pang… penampar hinggap kemuka Haikal.
Akisa terus berlalu pergi tanpa mahu mendengar penjelasan Haikal.
Haha, yes! Diorang gaduh! Getus hati Kina.
“Sayang, sakit ke? Awak okey tak?” tanya Kina gedik seraya menyentuh pipi Haikal.
Haikal yang tidak sukakan hal itu terus menepis tangan Kina itu!
“Kina! Kau tahu kan kita ni bukan muhrim? Kenapa sesenang je kau nak sentuh aku ni hah?” marah Haikal.
“Kenapa dengan you ni. I love you tahu tak!?” Kina dah tak boleh nak tahan sabarnya.
“Sudahlah! Daripada layan kau ni baik aku berambus!” balas Haikal.
Haikal harus pujuk Akisa kerana dia sayangkan hubungan ini. Dia tak nak sia-siakan perempuan sebaik, sebagus Akisa itu.
Akisa terus masuk ke dalam kamar sambil menangis teresak-esak. Ibunya Puan Iza pelik akan perangai anaknya itu.
“Sanggup nya kau curang belakang aku! Aku ingat kita akan mengikat tali tetapi… kenapa kau curang dengan aku Haikal… aku tak sanggup nak lupakan kau..” tangis Akisa.
“Haish kenapalah dengan anak aku ni.” Risau Puan Iza.
Tiga minggu kemudian… Akisa memulaukan Haikal.
Sewaktu Akisa mahu menjamah makanan di café kolejnya tiba-tiba ada seorang lelaki meminta izin untuk duduk bersama. Akisa mengizinkan.
“Awak Akisa kan? Assalamualaikum kenalkan saya Khairul.” Tutur lelaki itu penuh sopan.
Akisa terpesona dengan keperibadian lelaki di hadapannya itu. Khairul…
“Wa’alaikumussalam… ouh Khairul sedap nama tu.” Tutur Akisa seraya tersenyum.
Waktu itu, Haikal hanya memerhati. Tak sangka Akisa boleh secepat ini lupakan aku… aku tidak boleh nak menyerah! Aku harus berjumpa dengannya!
“Ouh terima kasih atas pujian itu. Saya nak tanya… adakah awak sudi menjadi suri rumah saya kelak?” tutur Khairul berani.
Sebenarnya sudah lama dia perhatikan Akisa tapi masa itu dia rapat dengan orang lain jadi tak nak lah ganggu.
Akisa tersentak dengan kata-kata Khairul itu. Alamak alamak, dilema aku! Getus Akisa.
“Errr… Khairul terima kasih kerana sudi memilih saya tetapi maaflah ye saya tak dapat nak memberikan kata putus buat masa sekarang ini…” tutur Akisa jujur.
“Ouh tak apalah macam itu. Saya tak nak paksa awak. Baiklah ini nombor telefon saya. Jika ada apa-apa call or sms je ye. Assalamualaikum.” Pamit Khairul sebab kalau terlalu lama nanti orang ingat tak manis pulak ye.
Hati gadis Akisa tersentuh. Baik sungguh rupa parasnya dan tingkah lakunya. Adakah dia jodohku ya allah? Getus hati kecil Akisa.
Disebalik itu Haikal mengeluh… apa yang aku harus lakukan? Datang kerumahnya dan berbicang baik-baik? Ya allah jika Akisa jodoh terbaik untukku engkau permudahkanlah segala urusanku. Amin. Doa Haikal di dalam hati.
Hari berikutnya mulai tiba. Pada hari ini Akisa tiada kelas jadi dia hanya mahu berehat saja.
“Assalamualaikum…”
“Wa’alaikumussalam warahmaturah.” Puan Iza menjawab salam seraya menuju ke pagar rumah untuk mengetahui siapa yang datang kerumah.
Haikal menyalami tangan ibunya Akisa.
Tersentuh pula hati ibu Puan Iza.
“mak cik saya kawan kepada Akisa. Izinkan saya ingin berjumpa dan berbincang dengannya? Adakah mak cik izinkan saya masuk?” tanya Haikal sopan.
“Iya. Silakan masuk nak. Nama anak ni siapa?” tanya Puan Iza seraya masuk ke dalam rumah.
“Nama saya Haikal mak cik.” Tutur Haikal lembut. Sejuk hati memandang. Getus hati Puan Iza.
Kenapa pula dan macam manalah Haikal berani ni? Sebelum ni tak ada pun nak jumpa secara depan-depan dengan ibu. Pelik ni. Bisik hati Akisa.
“Mak cik ke dapur dulu ye. Ada kerja sikit. Nak Haikal duduk dulu lah ye.” Kata Puan Iza.
“Kenapa Haikal datang ni? Tak malu ke hah?!” sergah Akisa sedikit kasar namun dengan nada perlahan.
Haikal tetap dengan wajah yang tenang. Dia perlukan kesabaran…
“Akisa, saya datang ni dengan niat yang baik. Nak berbincang. Saya harap awak dengar dengan hati yang terbuka. Saya nak awak dengar dahulu baru bertindak.” Tenang saja cara pertuturan Haikal membuatkan hati gadis Akisa tersentuh.
“Baiklah. Saya minta maaf sebab tak nak dengar dulu penjelasan dari awak.” Jujur Akisa.
“Sebenarnya saya pun tidak pun suka akan perbuatan Kina tu. Saya cuba menepis dan mengelak tapi malangnya awak tak nak dengar apa yang saya perlu cakap. Saya tak nak lambat-lambat. Saya datang ni… ada hajat.” Tutur Haikal.
Hampir tersedak Akisa dibuatnya. Puan Iza sudah pun melabuhkan punggung bersebelahan Akisa berhadapan Haikal.
Lucu pula Puan Iza melihat telatah anaknya itu.
“Hajat apa tu Haikal? Pentingkah?” tanya Puan Iza tidak sabar.
“Jika Mak Cik Iza dan Akisa setuju, hujung minggu ini wakil keluarga saya akan datang melamar dan terus kami mahu melangsungkan perkahwinan pada hari yang sama.” Panjang lebar Haikal memberitahu.
Hati Akisa terkejut tapi gembira kerana akhirnya. Kawan rapat jadi bakal suami isteri pula.
Bersyukur sungguh rasanya. Tidak perlulah aku lalui hari-hari zaman sekarang buat macam “bercouple” eihh gelinya bukan baik pun. Lebih baik ada ikatan daripada tak ada. Buat dosa saja! Getus hati Akisa.
Puan Iza apalagi tersenyum memanjang.
Pada hari yang ditetapkan, majlis bertunang dan perkahwinan disambut meriah.
Pabila Haikal menyebut kata keramat baginya… sungguh! Berdebar rasanya.
Alhamdulillah… lancar saja.
“Akisa, terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian dari hidup abang.” Ucap Haikal lembut.
“Saya pun ingin ucapkan terima kasih sebab sudi jadikan Akisa sebagai isteri abang.” Meleleh air mata Akisa dibuatnya.
Aduh haru betul lah kau ni Akisa! Lepas ni kena study dan lepas habis tu jadi suri rumah sepenuh masa.
“Jadi sayang lain haruslah ye hargai cinta abang ini.” Tutur Haikal seraya senyum.
“Baiklah Akisa akan hargai cinta abang.”
terima kasih sungguh kepada yang sudi membaca karya ini ... :)
umur saya baru saja 14thn masih ada kekurangan yang perlu diperbaiki lagi.
Comments