Sajak - SEBUAH IMPIAN

tajuk : sebuah impian
genre : sajak (umum)
ditulis pada :26.1.2014
karya ketiga saya

Sebuah impian
aku ingin sekali mendapatkannya
tapi aku tak pasti
yang aku layak meraihnya.

Sebuah impian
ku harus berusaha untuk
impian itu menjadi kenyataannya
bolehkah aku hampirinya?

Sebuah impiana
sukarnya untuk ku capai
sungguh sulit ku lalui
jalan yang berliku terpaksa aku harungi.

Sebuah impian
ku seharusnya mencari lampu suluh
untuk ku menyuluh
bagi mencari keterangan dihatiku.

Sebuah impian,
ku harus bangkit!
kejar semua impianku
berdayakah aku?

Sebuah impian
ku mula bangkit
tuk suluh menjadi terang
moga ku berjaya.

Harga sebuah impian
begitu mahal ku rasakan
ku berhasil melihat cahaya
cahaya yang terang tuk aku berjaya.

Sebuah Impian
aku tidak mahu sia-siakannya
semua usaha yang ku kejarkan selama ini
aku senyum kegembiraan tanda kemenangan
untuk diriku
kerna berjaya membentuk 'Sebuah Impian.'


  • `ingatlah,berusaha lah bersungguh-sungguh,
  • pasti ia membuahkan hasilnya,janganlah kita
  • mudah berputus asa......
  • dan trima kasih buat yang sudi membaca hasil
  • nukilan saya ini yang tidak seberapa kerana
  • masih blajar

Comments